Ayam Kampung

Assalamualaikum. Cinta.

Today amat kepenatan.. Mata ni pun mengantuk ni.. Tapi gagahkan jugak nak update.. Winkwink

Pagi tadi ke office team Operation di Cyberjaya.. Dok meeting dengan team Operation and Sales kat sana. Banyak data nak kena clean up balik. Wuwuwuwu.. Tengok data dalam semua sistem mau nangis woo..

After dah discuss lebih kurang, terus buat clean up.. Nasib baik ada bantuan Mama Nida, kalau tak, bertapa tiap-tiap hari la kat situ.. Ai tak kisah kalau kena pi Cyberjaya or Putrajaya.. Lagi suka dari kena pi office ai sendiri.. Nak mengelak jammed punya pasal.. Better pi belah belah sana..

Alhamdulillah, lewat jam 6 petang, semuanya selesai. But untuk account MOA sahaja la ye.. Kan MOA adalah second account yang besar after MOH.. Hihi..

Before that, lunch time tadi merasa pi makan kat Ayam Kampung area Cyber tu jugak. Berpeluh mencari parking. Peak hour, bercinta la nak parking. Siap double park lagi area situ.. Terkejut okeh!

But ayam kampung dia memang sedap.. Patut la ramai orang.. Terbaik la! Rezeki kami jugak bila dapat yang masih panas panas sebab baru je masak.. Alhamdulillah..

Ni pun dengan team Operation jugak. Diorang yang bawak.. Ada yang ai kenal and ada yang ai sendiri tak kenal walaupun satu company.. T_T sadis.. Baru nak berkenalan kan.. Lagipun memang ai jarang pi office kat Cyber ni so for sure tak semua yang ai kenal, tambah tambah kalau team helpdesk ke kan.. Setakat cakap dalam phone aje tu pun kalau perlu.. Memang 10 tahun lagi belum tentu ai ingat muka and nama sorang sorang. Dok main agak agak aje.. Ai kan pemalu plus pendiam.. Kikikikiki.. *silatempelenglajulaju*


Tadaaaaa.. Tak ada sayur yang menarik hari ni..

Esok rutin as usual.. 5 o'clock perlu bangun.. Baju tak iron lagi sebab esok baru nak pilih pakai baju apa.. Kalau iron siap siap sat lagi, esoknya tak pakai pun baju tu.. Dah tau dah.. -_-"

Good night love!

Wassalam..

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment