Andai Masih Punya Rasa Hati..

Assalamualaikum. Cinta.

Sesekali kita cuba pandang ke bawah.. Jangan asyik mendongak ke atas je.. Cuba pandang sekeliling kita, adakah mereka bernasib baik seperti kita? Adakah hidup mereka sebahagia kita?

Apakata kalian kongsikan kebahagian dan kesenangan kalian dengan mereka yang kurang bernasib baik. Mungkin dengan itu kalian lebih bahagia. Siapa tahu?

Setiap manusia yang hidup atas muka bumi ini pastinya tidak terlepas dari ujian yang mendatang. Allah swt menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Kekuatan yang dipamerkan oleh seorang ibu tunggal melalui kisah-kisahnya dalam entri Jika Kau Punya Hati dan Perasaan - Hasrul Hassan dan juga entri blogger terkenal Eyriqazz - Luahan Hati Ibu Tunggal @ Alia Haryanie membuatkan hati terpanggil juga untuk melakar satu entri khas buat ibu tunggal ini.. Tak lupa juga entri daripada ibu tunggal ini sendiri Di Sebalik Derita..

Sayu hati apabila melihat gambar ini..


Andai kalian masih ada perasaan di hati, bantulah mereka ini. Ingatlah bahawa wang bukan segala-galanya, namun wang adalah jalan untuk memecahkan kebuntuan mereka yang memerlukan.. Andai tak mampu dari segi wang ringgit, bersama-samalah kita menyebarkan untuk berkongsi dengan mereka di luar sana. Mungkin dengan usaha yang tak seberapa ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung. Kita tak selamanya di atas. Kita tak tahu bila pula giliran kita..

Hulurkan Sumbangan
Jika mahu membuat sumbangan dan bantuan ikhlas, niatlah dengan nama Allah swt..

Akaun Maybank: 553104558862 
(Akaun bersama dengan Ibunya, Asiah bt Haron)

Akaun RHB: 16213900067447
Nama : Haryani Binti Mat Hussin
Email - haryanie.alia@yahoo.com

“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.”
(Surah al-Baqarah, ayat 155)



***tergerak hati nak share apabila terbaca entri Zamani Abe - Ceriakan hidup Insan Lain

Wassalam..

No comments:

Post a Comment