Ahad.. Sampai Dah Hujungnya..

Assalamualaikum. Cinta.

Ahad sudah tiba di penghujungnya.. Masih ada sedikit masa je lagi untuk menikmati hujung minggu tanpa memikirkan hal-hal kerja..

Pagi
Mama masakkan ketupat nasi, kuah kacang, daging masak ros dan daging masak hitam for breakfast. Disebabkan daging korban masih banyak lagi, so macam-macam yang mama reka nak masak.. Macam ai, hujung minggu je la ngadap daging korban ni kan.. So tq so much Mama untuk special breakfast ni.. Sure makan sampai lunch ni.. Haha..


Tengahari
Asrul and Syafik datang before kami bertolak balik.. Asrul bawa adik kecik dia.. Setahun lebih.. Syuhada namanya..

Mula-mula Hadirah tak nak kawan dengan Syuhada ni.. Syuhada pun sama.. Masing-masing sombong semacam je.. Si Syuhada ni sebab dia baru je bangun tidur.. Hadirah pulak sombong sebab, kami pakat-pakat dok sakat dia cakap Mummy ada baby baru, baby baru nak tidur dengan Mummy la, baby baru nak tidur dengan Oni la.. Marah betul Hadirah.. Dia buat bunyi harimau mengaum aje.. ^__^

Tak lama lepas tu, dia keluarkan toys dia ajak Syuhada main.. Tu pun dok pujuk-pujuk dia Syuhada nak main dengan Kakak.. Actually, Hadirah ni bahasakan diri dia "kakak".. Mana entah dia belajar.. Kami semua tak ajar pun.. Dia sendiri yang suruh orang panggil dia "kakak".. Tapi bila cakap nak adik, dia tak nak pulak.. Dia nak dia sorang je.. -__- Nak suruh semua orang manjakan dia sorang je..



Si Syafik ni pulak, bawa pet dia, Sugar Glider (entah betul ke tak ejaannya..) Teringin okeh nak bela.. Tapi tengok kecik je, macam leceh pulak nak bela.. Boring kalau hari biasa, after balik kerja, tak buat apa pun.. Hadirah pun takde nak dilayan.. T__T 


Petang
Dalam jam 3.00 kami dah gerak.. Nak hantar Adik ke Stesen Bas Seksyen 17 Shah Alam pulak kan.. So, balik awal la hari ni.. Kalau tak, sure ai dah balik lewat dah.. silap-silap malam baru gerak balik..

Kesian nak tinggalkan Hadirah.. Hadirah ni pun macam tahu-tahu je ai nak balik dah. Sebab asyik nak berkepit aje dari semalam.. Susah nak berenggang walaupun sekejap.. Sayu pulak tengok dia.. Time ai dah siap pakai baju and tudung bagai tu, ai mintak dia salam and kiss pipi.. Dia macam nak tanya, Mummy nak pergi mana.. Tapi tak terluah.. Dia tengok je ai yang dah siap ni haa.. Sedih pulak tengok dia.. 

Then Mama and Abah bawa dia ke beranda, main bubbles dengan si Syuhada.. Hopefully dia tak cari la nanti macam last week, dia tiba-tiba tanya Mummy mana sebab masa tu Mummy ada dalam kereta dengan dia, tiba-tiba dah hilang after dia bangun dari tidur.. Terus nangis, nak ikut Mummy katanya.. Kesian kan.. T__T




Dalam kereta.. macam biasa bila boring.. Ini la kerja kami berdua kalau tak driving.. Dah ada tukang drive kat sebelah, so dok main hp, facebooking, snap picture je la.. Haha..


Kesian jugak kat Adik hari ni.. Nasib baik tak terlepas bas tadi.. Boleh pulak jammed kat NKVE.. Ada accident tapi langsung tak ganggu jalan-jalan pun.. Cumanya mentaliti rakyat Malaysia yang terlampau "prihatin" sampai jammed dibuatnya semata-mata sebab nak tengok je lori terbalik tepi jalan tu.. Lagipun lori tu terbalik tak ganggu langsung trafik tau.. Marah jugak la.. Dah la nak cepat.. Boleh pulak terperangkap dalam jammed. Terpaksa la tekan pedal minyak sampai habis kan.. Then ada pulak orang yang tak reti bahasa, dok bawak kereta slow slow macam siput tapi kat lane paling kanan.. Hello! Kalau ko tu nak bawak kereta macam bercinta, kasi la orang lain lalu dulu kalau ye pun nak feeling laju tapi bawak 90 km/j and dok lane paling kanan.. Hadoi.. ape la nasib jumpa orang macam ni.. Memang kena hon aje la kan.. En. Along takkan tekan hon punya la, ai je yang kalau hangin dah datang, siap la orang depan tu dengan bunyi hon.. En. Along dah bagi signal kanan, dah bagi high beam lagi, tak faham-faham bahasa.. Hadoiii.. Kalau kereta tu kereta mahal, takpe la jugak.. Ni yang selalu macam ni, kereta yang biasa  biasa je.. Kereta-kereta mahal kat belakang tu lagi faham yang we all ni nak cepat and boleh je ke tepi bagi laluan.. Hadoi..ko yang sorang ni je yang tak faham bahasa jalan..

We all ngam ngam sampai lagi 10 minit jam 5 petang.. Nasib baik bas tu tak sampai lagi.. Kalau tak, ke Melaka pulak la lagi kan... Penat tenaga, penat masa, penat fulus kalau kena hantar Adik pi Melaka tadi.. Kalau dah gaji takpe la lagi.. Boleh gak jalan-jalan lagi kan..

Malam ni macam nak kena prepare untuk meeting esok.. Tapi kan..sifat M tu tetap ada.. Hahaha.. Nak makan mandi bagai dulu la.. Then baru fikir nak buat apa..

* #ootd today.. glitter shawl from Rania Uzlah - suka pakai.. senang dibentuk *

Wassalam...

No comments:

Post a Comment