10:10:00 PM

[Outstation] Workshop Cisco

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. Petang tadi selamat sampai Melaka. Once again, outstation ke Melaka. With my gf, Yan.. Even hujan lebat after senawang sampai la Simpang Ampat tadi, selamat jugak sampai.. First time drive ke Melaka sorang-sorang ni.. Yan boleh je drive.. Tapi ai rasa still ok lagi nak drive.. Esok time nak balik tak tahu la kan.. Yan tolong drive eh..? Please.. *sambilkelipkelipmata*


Sesampai je kami kat Hotel Avillion ni, terus kena masuk session after break. Tak sempat check in bilik pun. Lagipun bilik semua organizer uruskan. Bilik pun FOC.. ^__^ Tak masuk sangat apa yang orang tu explain dalam bengkel ni.. If hands-on maybe boleh la tangkap sikit-sikit kan.. Sebab baru sampai kan.. So kepala tingtong tingtong lagi.. Sakit kepala menyerang tiba-tiba..

Oh ya! Lupa pulak.. Actually tadi bertolak lambat sebab tunggu Yan habis meeting. Sambil-sambil tu buat report jugak.. Tak siap-siap lagi report itu.. Banyak pulak tu.. -__- Then pi makan dengan gf-gf yang lain. After makan-makan baru la gerak.. Tu pun makan sebab ai dari pagi tak makan. Dok sibuk buat report.. Packing barang pun last minute tadi.. Tunggang langgang jadinya..


Dah sampai, harusss la ada muka kami ni ye tak.. Nak whatsapp kat Wani.. Muahahaha..

Sempat merasa dinner je tadi.. Not bad lauk dia.. Sedap..




Oh!!! Desert yang sedappppp.. Tapi dah kenyang. Tak boleh nak sumbat lagi.. tak tidur kang jawabnya..

Tadaaaa..
FOC room for us..


Haaa.. ni la jadinya bila turun naik lif..
Tadi after dinner, boleh pulak kunci bilik buat hal. Hadoiii.. dah kena turun balik.. dah la jauh..
-__-"


Wassalam..

Need to rest for tomorrow's session..
9:31:00 PM

Sabarlah Wahai Teman

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Coretan ini khas buatmu temanku..

Teman,
saat ini kutahu engkau sedang berduka..
saat ini kutahu engkau sedang menderita..

Bersabarlah wahai temanku..
Ini semua hanya dugaan dari Tuhan
yang ingin menguji dirimu..juga dirinya..
lalu Dia hamparkan gelora ombak dan badai 
ketika kalian dialunan bahagia..

Tabahkanlah hatimu wahai temanku..
Mohonlah petunjuk dariNya..
hanya Dia yang mampu memberimu petunjuk atas segala yang berlaku..
Redhalah dengan ujian yang satu ini..

Hapuskanlah airmatamu wahai temanku..
Aku kan sentiasa disisimu walau apa jua yang berlaku..
kan senantiasa menghulurkan tangan di kala engkau memerlukan..
Aku sedia meminjamkan bahuku untukmu..
Aku hanya mampu berdoa moga engkau diberikan kesabaran dan ketabahan..
dalam apa jua tindakan yang bakal engkau lakukan..

Sabarlah wahai temanku..



Wassalam..
1:09:00 AM

Kosong

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Dalam kesibukkan kerja
Masih terasa kosong..
Kosong sekosong-kosongnya hati ini..
Perlukah kekosongan itu diisi?

Adakah rasa kosong itu rasa rindu?
Yang datangnya tanpa diundang..
Yang hadirnya tak terluah dengan kata-kata..

Tiada ubat yang mampu memenuhkan kekosongan itu buat masa ini..
Mungkin suatu hari nanti ianya akan terisi..
Cuma masanya belum tiba lagi..
Bilakah akan hilang rasa itu..

Dan andainya hingga ke akhirnya kekosongan itu masih tak terisi..
Aku pasrah..
Akan kubawa ianya pergi jauh dari pentas dunia ini..


Wassalam..

posted from Bloggeroid

10:55:00 PM

Tiada Elektrik

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


Semalam kat KKB tiada elektrik dari jam 11.00 pagi until 5.00 pm. Asalnya memang nak keluar la kan.. Panas tu dah tentunya. Kesian kat Hadirah. At last tak jadi keluar. Si kecik tu tidur pulak. Boleh pulak dia tidur dengan berpeluh-peluhnya..

Lastly petang tu after hujan, ikut Abah and Mama pi Batang Kali nak beli dapur gas baru.. Weeee.. Jalan-jalan je la..



Sejuk katanya...


Tengok la gelagat si Hadirah ni time kat kedai elektrik tu..



After that pi dinner kat Bukit Sentosa..



After makan-makan singgah Tesco jap.. Hurmmm.. apalagi.. Kena pow la dengan dak kecik ni..



Itu je la aktiviti semalam.. Hari ni only sesi memandikan Mr. Kacak.. Will update soon.. ^__^


Wassalam..
10:21:00 PM

Kek

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Semalam, sesampai je kat rumah Mama, Hadirah terus datang terpa.. Seronok sangat dia.. Tengok dia macam tu, kesian dia.. jumpa Mummy hujung minggu je.. Tak macam kanak-kanak lain..

Lepas tu, masuk je dalam rumah, "Tadaaaa.." katanya.. Ingatkan apa..rupanya dia nak tunjuk kek yang Onie buat dengan dia.. Lama dah rasanya Mama tak buat kek.. After arwah Angah meninggal dunia, setiap kali Mama buat kek, mesti kek tu tak jadi.. So, lama-lama Mama pun malas la nak buat..

Ni first time Mama buat kek after bertahun-tahun lamanya.. Alhamdulillah kali ni kek tu menjadi.. Agaknya berkat pengganti arwah Angah ni.. Ada assistant chef yang baru.. Siapa lagi kalau bukan Hadirah ni..


Seronok la si Hadirah..dapat tolong Onie buat kek kan.. Dia la yang paling sibuk sekali.. Dia la yang tolong pukul telur, tepung bagai. Memang rajin la dia kan.. Lama-lama ni mesti pndai masak kan.. Baru 2 tahun setengah.. Ok la kan.. Belajar dari kecik lagi..


Tadaaa.. Hadirah kata sedap..


Bersungguh dia makan.. tapi memang sedap pun.. dah lama tak rasa kek hasil air tangan Mama.. >.<  Jangan tanya ai okeh macam mana nak buat kek ni.. Ai tak pandai and ai tak minat buat kek ni.. -__-

Wassalam..
3:49:00 PM

Lunch - Jumaat

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Lunch for today..


Lunch @ Rasa Utara, Midvalley..
Semata-mata untuk lunch ye.. tak beli apa-apa pun..

Not bad for the food.. Nice.. Chicken Chop tak seperti biasa.. Masakan ala-ala Utara..
Erk~ dah namanya Rasa Utara, ye tak.. Kuikuikui..

 * mine - Calamansi Asam Boi *

 * Mine - Chicken Chop Rasa Utara *




Yang ni paling tak menahan.. Siap suruh budak pekerja tu snap kan.. Haha..






 Ni kalau yang candid ni kerja si Wani la ni..




Time nak balik kena Q panjang ye if nak naik cab.. T__T

#enjoy the #lunch for #today

Wassalam..
2:01:00 PM

All I Need Is You!

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Kau.
Aku perlukan kau..
Kembalilah kepadaku..
Setialah di sisiku..

Aku masih perlukan kau saat ini..
Kasihanilah aku..
Tanpamu aku lemah..
Aku lelah..
Temanilah aku di sini..
Kembalilah..
Dengarlah rayuanku..

Semangatku..


Wassalam..
posted from Bloggeroid
10:38:00 AM

Thanks For That Review

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Tq so much kepada Sheila sebab dah buat review yang ditunggu-tunggu after join Segmen dari Sheila, Review Blog 2.0 tempohari.. Now it's my turn untuk di review.. Walaupun sibuk, Sheila still sempat buat review walaupun simple simple.. 

It's ok Sheila.. Thanks tau.. Nanti ai rajin ai godek-godek lagi blog ni.. Dah lama sangat tinggal dunia blogging, so dah tak berapa nak ingat nak adjust sana sini.. Terpaksa search balik tuto dari blogger lain kat luar sana.. ^__^ and kena start balik la jawabnya.. Huihuihui..

Review dari Sheila : Review Blog 2.0 #Part 11


Wassalam..
10:21:00 AM

Salam Jumaat

by , in
Assalamualaikum. Cinta.




Peringatan untuk diri sendiri juga..


Wassalam..
posted from Bloggeroid
11:45:00 AM

Spontaneous Thursday #4

by , in
Assalamualaikum. Cinta.



Some people come into our lives, leave footprints in our hearts, and we are never the same..


Wassalam...

p/s: tq to my gf, Wani.. ai tepek pic ni ek.. :)
posted from Bloggeroid
7:22:00 AM

Pelajari Rahsia Penyakit Melalui Jari Anda

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda..

jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

P/s : JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA..



















Wassalam...


Sumber : Facebook
6:55:00 AM

Wordless Wednesday #6

by , in
Assalamualaikum. Cinta.



Wassalam..
8:43:00 PM

Penantian Persoalan

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Kubiarkan persoalan yang menyesakkan dada itu berlalu..
Tiada kekuatan untukku luahkan dengan kata-kata..
Hanya bahasa maya yang mampu kucoretkan untuk tatapannya..

Aku sering termanggu sendirian..
Menunggu dan terus menunggu
Dengan harapan bahawa aku akan menemukan jawapan yang kucari selama ini..

Angan demi angan kususun untuk dijadikan harapan..
Namun, sampai bilakah angan-angan itu itu kekal hanya angan-angan?
Kesudahannya tiada datang menjengukku hingga kini..

Terseksa jiwa dan raga dengan penantian di setiap persoalan jiwa ini..
Sekuat mana pun kutepis, ianya tetap hadir
Meresap jauh ke dalam jiwa..
Menuntun ku sekali lagi berendam airmata..
Ingin sekali kuhamburkan segalanya..
Ingin sekali kuhamparkan apa yang tercoret di lubuk hati ini..
Namun, apakah yang menanti di hujung penantian ku ini?

Kelukaan yang terlampau lama terpendam ini tidak bisa ku bawa lagi..
Persoalan di jiwa ini tidak bisa kudakap lagi..
Cukuplah setakat ini..
Aku pasrah..
Aku serahkan segalanya kepadaMu..
Moga-moga suatu hari nanti akan kutemui jawapan yang kucari selama ini..


Wassalam..


Yang hatinya masih bersoal,
Cenderawasih..
posted from Bloggeroid
7:30:00 PM

Ahad.. Sampai Dah Hujungnya..

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Ahad sudah tiba di penghujungnya.. Masih ada sedikit masa je lagi untuk menikmati hujung minggu tanpa memikirkan hal-hal kerja..

Pagi
Mama masakkan ketupat nasi, kuah kacang, daging masak ros dan daging masak hitam for breakfast. Disebabkan daging korban masih banyak lagi, so macam-macam yang mama reka nak masak.. Macam ai, hujung minggu je la ngadap daging korban ni kan.. So tq so much Mama untuk special breakfast ni.. Sure makan sampai lunch ni.. Haha..


Tengahari
Asrul and Syafik datang before kami bertolak balik.. Asrul bawa adik kecik dia.. Setahun lebih.. Syuhada namanya..

Mula-mula Hadirah tak nak kawan dengan Syuhada ni.. Syuhada pun sama.. Masing-masing sombong semacam je.. Si Syuhada ni sebab dia baru je bangun tidur.. Hadirah pulak sombong sebab, kami pakat-pakat dok sakat dia cakap Mummy ada baby baru, baby baru nak tidur dengan Mummy la, baby baru nak tidur dengan Oni la.. Marah betul Hadirah.. Dia buat bunyi harimau mengaum aje.. ^__^

Tak lama lepas tu, dia keluarkan toys dia ajak Syuhada main.. Tu pun dok pujuk-pujuk dia Syuhada nak main dengan Kakak.. Actually, Hadirah ni bahasakan diri dia "kakak".. Mana entah dia belajar.. Kami semua tak ajar pun.. Dia sendiri yang suruh orang panggil dia "kakak".. Tapi bila cakap nak adik, dia tak nak pulak.. Dia nak dia sorang je.. -__- Nak suruh semua orang manjakan dia sorang je..



Si Syafik ni pulak, bawa pet dia, Sugar Glider (entah betul ke tak ejaannya..) Teringin okeh nak bela.. Tapi tengok kecik je, macam leceh pulak nak bela.. Boring kalau hari biasa, after balik kerja, tak buat apa pun.. Hadirah pun takde nak dilayan.. T__T 


Petang
Dalam jam 3.00 kami dah gerak.. Nak hantar Adik ke Stesen Bas Seksyen 17 Shah Alam pulak kan.. So, balik awal la hari ni.. Kalau tak, sure ai dah balik lewat dah.. silap-silap malam baru gerak balik..

Kesian nak tinggalkan Hadirah.. Hadirah ni pun macam tahu-tahu je ai nak balik dah. Sebab asyik nak berkepit aje dari semalam.. Susah nak berenggang walaupun sekejap.. Sayu pulak tengok dia.. Time ai dah siap pakai baju and tudung bagai tu, ai mintak dia salam and kiss pipi.. Dia macam nak tanya, Mummy nak pergi mana.. Tapi tak terluah.. Dia tengok je ai yang dah siap ni haa.. Sedih pulak tengok dia.. 

Then Mama and Abah bawa dia ke beranda, main bubbles dengan si Syuhada.. Hopefully dia tak cari la nanti macam last week, dia tiba-tiba tanya Mummy mana sebab masa tu Mummy ada dalam kereta dengan dia, tiba-tiba dah hilang after dia bangun dari tidur.. Terus nangis, nak ikut Mummy katanya.. Kesian kan.. T__T




Dalam kereta.. macam biasa bila boring.. Ini la kerja kami berdua kalau tak driving.. Dah ada tukang drive kat sebelah, so dok main hp, facebooking, snap picture je la.. Haha..


Kesian jugak kat Adik hari ni.. Nasib baik tak terlepas bas tadi.. Boleh pulak jammed kat NKVE.. Ada accident tapi langsung tak ganggu jalan-jalan pun.. Cumanya mentaliti rakyat Malaysia yang terlampau "prihatin" sampai jammed dibuatnya semata-mata sebab nak tengok je lori terbalik tepi jalan tu.. Lagipun lori tu terbalik tak ganggu langsung trafik tau.. Marah jugak la.. Dah la nak cepat.. Boleh pulak terperangkap dalam jammed. Terpaksa la tekan pedal minyak sampai habis kan.. Then ada pulak orang yang tak reti bahasa, dok bawak kereta slow slow macam siput tapi kat lane paling kanan.. Hello! Kalau ko tu nak bawak kereta macam bercinta, kasi la orang lain lalu dulu kalau ye pun nak feeling laju tapi bawak 90 km/j and dok lane paling kanan.. Hadoi.. ape la nasib jumpa orang macam ni.. Memang kena hon aje la kan.. En. Along takkan tekan hon punya la, ai je yang kalau hangin dah datang, siap la orang depan tu dengan bunyi hon.. En. Along dah bagi signal kanan, dah bagi high beam lagi, tak faham-faham bahasa.. Hadoiii.. Kalau kereta tu kereta mahal, takpe la jugak.. Ni yang selalu macam ni, kereta yang biasa  biasa je.. Kereta-kereta mahal kat belakang tu lagi faham yang we all ni nak cepat and boleh je ke tepi bagi laluan.. Hadoi..ko yang sorang ni je yang tak faham bahasa jalan..

We all ngam ngam sampai lagi 10 minit jam 5 petang.. Nasib baik bas tu tak sampai lagi.. Kalau tak, ke Melaka pulak la lagi kan... Penat tenaga, penat masa, penat fulus kalau kena hantar Adik pi Melaka tadi.. Kalau dah gaji takpe la lagi.. Boleh gak jalan-jalan lagi kan..

Malam ni macam nak kena prepare untuk meeting esok.. Tapi kan..sifat M tu tetap ada.. Hahaha.. Nak makan mandi bagai dulu la.. Then baru fikir nak buat apa..

* #ootd today.. glitter shawl from Rania Uzlah - suka pakai.. senang dibentuk *

Wassalam...
11:49:00 PM

Angan-Angan...

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Harapnya angan-angan jadi kenyataan one fine day.. Berusaha, berdoa, dan tawakal.. Hanya padaMu ku berserah..

Step by step.. Moga-moga segalanya lancar hingga ke akhirnya..dan impian menjadi kenyataan.. First step dah selesai.. Moga rezeki menyebelahi kami..

~berangan jap sambil tunggu Hadirah tidur.. Hadirah dah conquer lappy kesayangan sebab papa Hadirah dah conquer desktop Hadirah.. Tak dapat nak update and attach macam-macam malam ni.. T_T
Nanges..

Wassalam..

posted from Bloggeroid

11:50:00 PM

Panik!

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

As usual rutin harian hari ni, datang seawal pagi.. Elak jammed.. (Tidur berjemaah sekejap termasuk dalam rutin harian sekali sekala.. Muahahaa) Breakfast as usual with gf and other guys.. Nice morning today..

Suddenly, almost tengahari, dapat mesej dari Mama, Hadirah demam panas dari semalam.. So, panik sekejap.. Nak fokus kat kerja tak senang hati.. Siapkan kerja laju-laju.. Stress pulak sebab ingat tak banyak problem.. Boleh pulak ai tak ingat ada migration kat Perak hari ni.. Then ada problem pulak.. -__-"

Tengok jam dah 12.00 pm.. Eh! Nak kena pi kwsp lagi ni.. Kalau tak pi, tak settle la dokumen yang nak bawa esok.. -__- Kena balik awal ni.. Dok ingat kat Hadirah lagi ni.. Hati tengah meroyan lagi ni..

Inform bos, nak kena balik awal jugak no matter what.. Bos kata ok, ai lagi ok.. fuhhhh..

Disebabkan nak cepat sangat balik, hati pulak entah ke mana, fikiran pun dah melayang-layang sampai ke mana entah, sampaikan terlanggar belakang kereta orang tadi! Hah! Ambik! Kan dah kena! Hadoi la.. Apasal la dengan ai hari ni..

Memang panik sangat! Blurrr.. Tak tahu nak cakap apa.. Tergamam kat tepi jalan.. Cuak pun ada.. Dalam hati, apa la nasib kejap lagi..

Mujur la bila dok sembang-sembang dengan brother tu, last sekali dia kata takpe la.. Ai macam tak caya, biar betul.. Takkan la takpe la je.. Dia kata takpe.. Ai macam terkejut sekali lagi.. kalau dah dia kata takpe, ai pun diam je la..

Ai tergamam jugak la sekejap sebelum akal waras inform ai kan nak tengok Hadirah. Nak kena ambil En. Along lagi ni.. Nak singgah kwsp sat.. On the way tu memang gigil tangan la sepanjang jalan.. Dok bebel marah diri sendiri.. Macam mana la boleh tak perasan kereta tu berhenti.. Haishhhh.. Ai langsung tak tengok apa ajdi kat depan kereta ai sampai sekarang ni.. Esok la baru nak tengok betul-betul..

Apa pun, saya mintak maaf ye bang! Saya tak sengaja and memang salah saya kan.. Tq sebab awak just let it go camtu je.. Masih ada insan yang baik hati lagi di hari Jumaat ni..

After ambil En. Along, ambil semua dokumen yang perlu untuk esok, singgah kwsp jap.. Then terus gerak balik KKB.. Dah tak sabar nak jumpa Hadirah..

Oh ya! Mama tak bawa Hadirah pi hospital sebab memandangkan keadaan Hadirah yang demam panas dan panas tu sangat tinggi, ada possibility Hadirah akan ditahan di wad.. So, sebab tak sanggup tengok dia kena tahan, masuk air bagai, Mama bawa pi klinik panel.. Masuk ubat terus ikut punggung sebab nak bagi panas turun dengan cepat.. Dalam hati ni, doa supaya Hadirah cepat sembuh.. Kesian sangat kalau dia sakit.. Dia memang jarang jatuh sakit tapi kalau sekali dah jatuh sakit, memang teruk,,

Sempat lagi tapau makan sebab Mama kata dia tak masak.. Abah pun tapaukan untuk Mama dan Adik untuk lunch..

Sampai je rumah Mama, terus terjah Hadirah.. Tengok dia macam mana.. Panas dah kurang.. Puas jugak la dok pujuk dia.. Agaknya jauh hati, dia kena tinggal hari tu.. Lama jugak la dok pujuk pujuk.. Sesi drama pun bermula la..

After a while, Hadirah tidur lena untuk beberapa jam sebab ai dok peluk dia.. Rindu Mummy la tu.. Kan..kan..kan..?



Mama kata dia kejut Mama jam 2.00  pagi before that, cakap dia sejuk.. Time tu la baru tahu dia demam.. Mama pun letak la cool fever dan dok jelum kepala dia dengan air.. Kesian.. tak tidur tidur start dari situ.. Time ai balik baru dia tidur lena.. Sampai maghrib tadi, ai kejutkan dia.. Alhamdulillah dia dah ok.. Menunjukkan tanda-tanda demam hampir pulih.. Cuma dia jadi tersangat la sensitif.. Kalau tak kena gayanya, mau la dengar tangisan drama queen dia tu..


Malamnya ni nampak dah ok sikit.. Dia pun dah makan ubat.. Tang makan ubat dia memang laju.. Pantang offer, laju je.. Makan sendiri lagi tau..


But now, dia ni tak berapa nak lena.. Dok merengek rengek semacam.. Confirm malam ni ai tak lena tidur.. Kalau mata panda esok, faham faham je la..


Wassalam..
7:30:00 AM

Salam Jumaat

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

~~Moga bermanfaat~~


Wassalam..