Tiada Yang Sempurna

Assalamualaikum. Cinta.

Sememangnya manusia tiada yang sempurna. Harapan jauh di sudut hati, inginkan setiap satunya sempurna. Namun, harapan itu musnah sekelip mata..

Telah jauh terbuai dengan keasyikkan dunia..hingga terlupa kepada Sang Pencipta.. Lupa untuk bersyukur atas nikmat kurniaanNya..

Lalu apabila tersungkur menyembah bumi, barulah terketar-ketar tangan berdoa memohon keampunan.. Menangis hiba bersujud menginsafi diri.. Teresak-esak memohon pertolonganNya.. 
Allahurabbi..betapa hebat kasih sayang dan cintaNya yang diberikan ketika hilangnya cinta dunia... Masih terbuka pintu taubatNya.. Masih terbentang jalan kembali kepadaNya..

Di saat diri berteleku merenung masa depan, terdetik sekilas, masih adakah hari esok? Andainya esok telah tiada, bersediakah kita menemui sang Pencipta?

Andainya esok masih ada, apakah jalan itu akan membawa kembali cintaNya yang sentiasa kembang mekar harum mewangi? Apakah cinta itu masih hadir dalam sekeping hati yang terluka?

Leraikanlah sengketa jiwa dalam setiap keikhlasan.. Usaikanlah cinta kepadaNya dalam setiap sujud menyembah Dia yang satu.. Nescaya sekeping hati itu akan kembali tenang dan berbunga riang menyambut cintaNya yang tak pernah padam..

#sekadar coretan sekeping hati di malam hari sebagai peneman sunyi..


Wassalam..

No comments:

Post a Comment