Terima Kasih

Assalamualaikum. Cinta.

Andai aku diberi pilihan, aku mahu mengulangi kembali saat-saat indah itu..
Walau sekejap cuma, namun terkesan di hati hingga saat ini.. 
Terasa di awang-awangan.. Hanyut dibuai arus kemanisan hidup..

Aku mencari dalam terang.. Masih mencari dan terus mencari.. 
Tatkala sekeping hati yang terluka jatuh menyembah bumi, kau datang memberi cahaya baru.. Kau sinarkan siangku yang kelam.. Kau terangkan malamku yang gelap gelita.. 
Terima kasih kerana menerangi hidupku walau sekadar persinggahan hati..

Hakikat sebenar seorang insan yang hanya pelakon di atas pentas dunia ciptaan Tuhan telah kau bentangkan.. Pahit untuk ditelan.. Namun itulah rencah kehidupan. Ada pahit dan manisnya. Ada masin dan tawarnya.. Aku redha dan pasrah. Andai ini yang ditakdirkan untukku, aku terima..

Terima kasih kerana kau telah membuatkanku lebih mengenal realiti hidup.. Membuatkanku jatuh terhempas ke bumi setelah lama berada di awang-awangan.. Kembali menempuh realiti.. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.. Masih tersisa hingga saat ini..

Terima kasih kerana sayangmu padaku membuatkan cintaku kepada-Nya lebih mekar.. Alhamdulillah..

Andai takdir memisahkan kita kelak, ketahuilah bahawa sayangku padamu tidak pernah berubah. Kasihku padamu tidak pernah berkurang walau setitik sekalipun.. Walau apa pun yang berlaku, aku sentiasa ada di sisi..hingga ajal memisahkan kita..


Wassalam..

6 comments:

  1. sedih ;(
    tp xpe walaupn ape shj dugaan allah sentiasa dengan kita.

    ReplyDelete
  2. menyentuh perasaan sangattt.. jan sedih2.. ^^ saya jemput awak join GA ya http://nooramyma.blogspot.com/2013/09/special-giveaway-2013-by-misz-nadea.html

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. berpisah itu pasti. tabahkan hati. sedih sheila baca ni Sue :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sheila.. tq so much..
      its ok.. sekadar coretan sebagai kenang-kenangan.. :)

      Delete