Merinduimu...

Assalamualaikum. Cinta.

Baru beberapa jam, tak sampai sehari pun, dah rindu kat Hadirah.. Kesian dia kena tinggal malam tadi.. -__-


Semalam time nak balik, boleh pulak jarinya terkepit kat pintu almari. Meraung sakan la.. Padahal sehari sebelum tu dah kena dah kat almari yang sama.. Banyak kali dah cakap, jangan main kat almari tu, nanti terkepit pintu.. Dia main jugak.. Siap gelak-gelak lagi bila kita ni cakap kat dia.. Tup tup kena jugak lagi.. Agak lebam sikit la.. Yang kelmarin tu jari belah kiri sikit je terluka.. Tak sakit mana pun.. Manja je lebih.. Malam tadi belah kanan pulak.. Haishhh -__-"

Bila nak balik, mintak salam and kiss terus nangis.. Alahai..kesian pulak tengoknya.. Tu pun belum lagi ai pakai tudung bagai.. Saja tak nak pakai tudung siap-siap.. Kesian pulak tengok dia.. Bila cakap je "Mummy nak gi keje ni..Boleh?" Terus jawab "Tak boleh" Erk -__- payah la nak jawab.. Kadang-kadang tu dia tak cakap tak boleh tapi dia buat akai (perangai).. Merengek la, menangis la dia.. Macam-macam dia buat.. Dia marah la tu kalau dia tak bagi Mummy and Papa dia gi kerja..

Tapi Hadirah... Mummy and Papa kena pergi kerja jugak.. Ok sayang? Dirah tinggal dengan Onie and Atuk ok? Dirah main dengan Onie, dengan Atuk.. Kalau Mummy tak pergi kerja, nanti macam mana nak beli mainan Dirah, baju princess Dirah, train Dirah.. Susu Dirah.. Kan? Hujung minggu ni Mummy balik lagi ok? - Pesanan every week kat Hadirah bila dia tak bagi ai balik..


p/s: gf-gf saya sekalian, bila mau sampai ni..?? lapar suda...

Wassalam..

1 comment: