Menemani Bakal Pengantin ke Tini's Spa

Assalamualaikum. Cinta.

Ai baru nak update pasal ke SPA ni uollsss.. Hahaha.. First time ai ke spa ye.. So ni kira my first experience la ye.. Before ni ai tak pernah lagi ke spa.. Dalam kepala ai hanya Mak Datin-Mak Datin je yang pi situ kan.. walaupun hati meronta-ronta nak jejak kaki tapi until la 25 Sep 2013 baru la merasa pergi spa.. Tu pun sebab nak teman my gf, Yan ni haa.. Orang nak kawen dah kan.. So harus la ke spa.. ye tak?


Actually, ni kira booking last minute ni.. We all pilih Tini's Spa yang terletak kat Seksyen 7 Shah Alam.. (bakal pengantin yang pilih) Ai lagi suka kat Shah Alam sebab at least boleh gak teka-teka jalan.. Kalau tempat lain, sesat dah berjam-jam la jawabnya.. Memang banyak dugaannya.. But anyway, sampai jua ke sini..

Kat sini bukan la berkonsepkan Bali ke ape ke kan.. Tak sure nak cakap moden ke ape ke kan.. Yang ai tengok, simple, kemas and sejuk mata memandang.. Theme color hijau putih yang mendamaikan.. Muzik yang dipasang menenangkan jiwa.. how sweet!


* sila abaikan beg kami yang bersepah tu ye.. *

Before start anything, kami dok isi borang dulu.. Hanya ai dan bakal pengantin je yang nak try ni.. Sorang lagi gf ai tu tak join pun.. Temankan kami ni.. Tq ye tunggu kami berjam-jam.. Ai ambil body massage sebab ai teringin sangat nak rasa body massage kat spa macam mana kan.. Ai pilih Body Massage - Aromatherapy (Relaxing). Untuk Body Massage ni ada 2, Sweedish (RM 88) dan Aromatherapy (RM 98) and selama sejam je. Ok la kan.. Ai pilih relaxing oil.. Sebab memang nak relax pun.. Stress kerja kan.. Meroyan lagi kan.. So, harus la yang relax.. Next time ai nak try oil jenis yang lain la pulak like sensual oil.. ^_^

 * dok tanya nak isi penyakit ape dalam borang.. hahaha.. *


My gf, Yan ni ambil yang full package, ada body massage, mandi susu, sauna, scrub badan and ape lagi tak ingat yang berharga RM 218. So before dia start, harus la dengar sedikit penerangan kan.. Oh ya! Ai lupa nak tanya nama dorang berdua yang layan kami ni haa.. Kikikikiki..

Before body massage, dimulakan dengan cuci kaki dengan air suam dulu and serbuk seperti garam. Okeh! First time ye! So, ai tak tahu nak panggil treatment ape ni.. -__-"

Then, kami kena tukar pakai kain batik lepas and panties khas.. Berkemban la nampaknya. Yang buat ai gelak sesorang dalam bilik persalinan tu, ai tak reti pakai kain batik tu! Puas dok pusing sana sini. Hahaha.. kesian kan.. Sampai akak tu kena tanya ai dah siap ke belum.. T__T Sadis betul pakai kain batik gini.. 

Harap maaf la.. Hancur kang kalau post gambar time body massage.. Seksi Seksa siut.. Hahaha..

Then ai dibawa ke bilik mengurut. Ruang mengurut tu kelam suram je.. Memang sesuai lelapkan mata. Ada lilin la nak terang sikit tapi still rasa so sesuai nak berdengkur.. Mampu ke tido? Hahaha..memang tak la jawabnya.. Sakit woo kena urut.. Hambek ko!

Si Yan pun dok kat sebelah ai.. Kebetulan time tu yang buat body massage kami berdua je. Hmmm.. memang bertegur sapa la kan sebab dah dok sebelah menyebelah.. Yang pisahkan kami hanya langsir nipis.. See through ko.. Muahaha.. Wani kena join sekali ni, baru la meriah kalau bertiga.. Dalam kepala, terfikir, Wani sure tak nak kena urut-urut and siap berkemban bagai ni.. Then tergelak la sorang-sorang.. Rupanya bukan ai sorang je yang fikir macam tu.. Yan pun sama.. Hahaha.. No wonder gelak sorang-sorang..

Nikmatnya ada orang belai-belai.. Tapi sakit wooo.. kebetulan memang ai ni sakit kaki sebelah kiri dua-tiga hari ni.. Memang kena gayanya.. Agaknya letih driving.. Tapi yang sakit kaki yang tak guna driving.. T__T Memang after urut tu rasa best.. Berbunyi-bunyi ko seluruh badan.. Nampak sangat tak jaga badan kan.. T__T After this nak pergi lagi la.. Tak boleh la tak urut.. Hahaha.. Alasannya nak cantik and sihat..

After sejam, ai punya session dah setel. Tunggu Yan punya session habis.. So, sembang-sembang la dengan Wani.. Dah agak dah..sure Wani tak nak.. Hahahaha..

Yan cerita time dia mandi susu, dia terapung-apung beberapa kali. Jenuh la nak tenggelamkan badan dia.. Haa..nak kata dia ringan la tu.. ^__^ Kitorang ni sakit sakit perut gelak.. Dia siap dok bercakap and tergelak sorang-sorang kat dalam tu.. Hahaha..

After session Yan setel, kami pergi dinner. Asalnya ai nak bawak pi Seksyen 13 makan kat situ.. tapi tak jumpa jalan masuk tempat yang ai nak pergi tu.. Jenuh berpusing dua-tiga kali. Lastly, cancel! Pi bawak dorang makan kat kedai kopi tepi tasik Shah Alam tu je.. Sorry ye korang.. Huhuhu...



After makan dok borak-borak.. The ai hantar dorang ke LRT Taman Bahagia.. Wooo.. tak pernah bawak sendiri pi situ.. Before ni En. Along ada teman.. Balik dari situ sampai rumah semalam dah jam 10.00 malam.. Uishhh..terasa macam orang bujang pulak.. Kikikiki.. Tq korang..

Ni pun sempena nak meraikan si Yan yang kami jumpa hari ini sebagai last orang bujang.. After this dah naik satu title.. Lagipun dia nak balik Kuantan dah.. Kebetulan birthday dia 24 Sept so sekali harung la kan.. Hehe..

Sorry En. Along.. Dah tidur rupanya..

Wassalam..

6 comments:

  1. ni teman aka amik berkat skali ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. TB ni.. ai pengantin lama dah.. bertahun.. nak amek berkat apenyer.. haha

      Delete
  2. bestnye SPA...sekali-sekala manjakan badan^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sudah semestinya.. baru nak jinak2 pi spa.. hehe

      Delete