Lunch + Dinner In Package

Assalamualaikum. Cinta

Asalnya nak tidur tadi, tapi tak boleh tidur. Dok godek sana sini dalam phone then edit gambar.. So, boleh la update pasal makanan je hari ni.. Makan aje ke yang ai tahu? No la.. Ni kes tak makan tengahari tadi ni.

Kebetulan ai balik awal hari ni, (dah macam company sendiri kan) so ingat nak mintak tolong En. Along tapaukan makan. Sekali kan, En. Along sampai tak lama lepas ai sampai. Apa lagi, En. Along ajak ai pi tapau pastu terus ubah plan, makan kat luar je terus..

Wow! Apalagi, tak tolak punya. Perut ai pun dah dok syok nyanyi lagu Demi Lovato - Heart Attack dah ni. (gara-gara tersuka kat lagu ni lately ni sampai putar berulangkali sampai muntah dari pagi sampai malam) - heh! Ape kena mengena dengan lapar ni ek?

We all makan kat Restoran Bendang, tak jauh dari rumah.. Bukan senang nak cari kedai makan melayu kat kawasan elite ni.. Harga toksah cakap la.. Faham-faham je la kalau dah dok kawasan elite ni lepas tu pulak dikelilingi rumah yang juta-juta harganya. (ai tak mampu dok rumah juta juta tu ye! Apartment tersesatt kat tengah tengah rumah juta juta tu je..) Memang kering purse tau.. Sadis.. T__T Kalau ada pun kedai ala ala tomyam thai tu pun jauh sikit la kat area Meru tu.. Bercinta la kan nak pi sana time time orang balik kerja ni..

* pelik betul la.. Air buah je mesti gelas besar *

Dah rasa macam chinese style pulak ye sebab makan before 6.00 petang.. Sorry ye..bukan diet tau. Memang lately ni jarang lunch.. Sama la pulak dengan En. Along. Tu yang laju je ikut dia pi makan bila dia ajak. Baru je nak mintak tolong tapaukan.. Hihi... Lunch sekali dengan makan malam..
Boleh tidur awal kan.. ^__^


Menu simple aje.. Sup ayam tak nak pedas sebab perut ai belum berapa nak ok, daging goreng yang di order oleh En. Along and sayur yang wajib di order iaitu kailan ikan masin tak nak pedas but yang ini pedas sikit sebab terlupa nak pesan tak nak pedas.. -___-"

Good night kawan-kawan! lagi lama kat sini lagi banyak merapu sampai tak boleh tidur pulak! Haha..  Sweet dream! ^__^

Wassalam..

No comments:

Post a Comment