Ibu Mana Yang Tak Sedih..

Assalamualaikum. Cinta.

Sedang belek-belek fb sebentar tadi, terbaca satu status blogger femes, Abg Ben Ashaari..

Terus teringat kat Hadirah.. Sedih tiba-tiba..


* kredit : status FB Abg Ben *

Betul la tu apa yang diperkatakan oleh Abg Ben..

Ibu mana yang tak sedih sebab tak dapat nak meluangkan lebih masa dengan anak-anak.. Harus berkorban untuk membantu si suami mencari rezeki.. Zaman sekarang ni tak dapat nak mengharapkan gaji si suami saja.. Lain la kalau si suami memang dah kaya raya dan si isteri boleh duduk goyang kaki kat rumah tunggu duit 5 angka masuk akaun tiap-tiap bulan..

Bagi yang berpendapatan rendah, duduk pula di bandar besar, for sure gaji sorang je tak cukup nak menampung kehidupan. Taraf hidup di bandar memang tersangat la tinggi. Tak tercapai dek akal.. Terpaksa la si isteri juga keluar rumah mencari rezeki..

Redhalah para isteri yang bekerja membantu si suami.. Tabahkanlah hatimu wahai si isteri tatkala mengenangkan anak-anakmu yang ditinggalkan di rumah pengasuh atau di taska.. Moga jasa kalian dibalas dengan kebahagian yang tak terhingga...

Ai juga tak terkecuali.. Terpaksa tinggalkan Hadirah. Bukan lagi di rumah pengasuh. Tapi nun jauh di rumah parents. Hujung minggu baru jumpa. Weekend parents dah hampir 2 tahun setengah..

Bukan tak nak hantar ke rumah pengasuh atau taska. Tapi disebabkan terlampau banyak kes-kes yang tidak disangka-sangka berlaku di rumah pengasuh atau taska, menyebabkan rasa fobia. Lagipun Mama ai kata dia sendiri pun fobia dan bila kes tu jadi depan mata sendiri lagilah fobia dan takut. Berlaku kepada orang yang dekat dengan kami hingga menyebabkan kematian. Siapa sangka kan?

Mama and Abah ai pun sebenarnya sunyi. Yelah..duduk berdua aje. Adik pun dah belajar kat Melaka. Bila ada cucu ni, hilanglah sikit kesunyian tu. Ada la jugak kerja yang boleh dibuat iaitu melayan kerenah cucu yang sorang tu.

Bila dah jadi cucu kesayangan ni, terpaksa terima la kemanjaan yang terlampau. Ai tegur sikit pun dah merajuk, menangis macam kena pukul. Tu belum kena tengking atau rotan lagi.. Haishhhh.. Sabar aje la.. Kadang-kadang tu, bukan marah pun, just cakap je. Cakap pun baik-baik je.. Dah menangis.. Hurmmmm..nak buat macam mana kan..

Berkorban apa saja.. Harta ataupun nyawa.. Itulah kasih mesra.. Sejati dan mulia..

Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, banyak mengajar erti kesabaran. Jika hilangnya kesabaran itu, pasti sudah lama diri ini jatuh tersungkur menyembah bumi.. Sesungguhnya, Allah swt itu maha penyayang, lagi maha mengasihani.. DiberiNya kekuatan dan ketabahan untuk berpisah jauh dengan orang yang tersayang demi mencari sesuap nasi..

Aku masih bersyukur, punya kesempatan waktu untuk melihat wajah-wajah kesayanganku walaupun hanya di hujung minggu.. Aku masih lagi bertuah jika nak dibandingkan dengan orang lain yang mungkin tidak bernasib baik..

-Peringatan yang selalu menjadi kekuatan untuk ketabahan hati dalam meniti hari-hari yang berlalu..

Wassalam..
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment