Hujan Pagi, Jalan dan Lagu

Assalamualaikum. Cinta.

Rasanya ramai yang terperangkap dalam jammed pagi ni kan.. Ai pun sama.. Actually ai dah keluar seawal jam 6.30 pagi. After subuh terus siap-siap datang awal dengan harapan nak parking kat -4 menara ni. But bayar la RM5 daripada bayar 15 hengget sehari kan. Pass parking memang ai takde lagi. Bercinta la kena Q nama untuk dapat pass parking. Mahunya tunggu berapa tahun lagi. Tu pun kalau ada yang dah pencen kan..

Cerita pagi tadi macam ni. Ai kan dah keluar awal. On the way tu, ai call En. Along. Tanya dia dah keluar ke belum and suruh dia keluar cepat-cepat sebab hari nak hujan. Rupanya after ai letak phone, terus hujan lebat. Tak sempat la En. Along keluar. Masa ai dapat mesej En. Along kata dia belum keluar lagi, ai terus call balik. Tanya dia, nak ai hantarkan ke tak. Ai ok je patah balik. Kesian pulak kat En. Along walaupun dia kata takpe kalau dia keluar lambat pun.. Tunggu hujan reda.. Time tu sebenarnya ai dah jauh dah and nak sampai Sunway pun. Dah masuk federal highway dari Subang pun..

Ai pun patah balik. (baik tak ai? haha..) Buat u-turn kat jambatan penang Sunway tu. Nak balik ke rumah tu takde la lama sangat sebenarnya kalau jalan clear. Dalam 20 minit gak la tadi sebabnya hujan lebat kat NKVE. So memang slow sangat la ai drive. Tak nampak jalan ni.. Berpinar bijik mata nak tengok jalan punya pasal..

Sampai rumah tu balik dah 7.30.. Nak keluar balik dari Setia Alam tu memang bercinta la jawabnya. Jammed tak hengat. Setengah jam lebih baru sampai tol. Alang-alang dah hantar En. Along ni, En. Along kata lepak dulu kat office dia sebab hujan pun lebat. Dia tahu ai tak berani drive kalau hujan terlampau lebat macam pagi tadi.. Ai ok aje. Boleh gak breakfast sama. Dah lama tak breakfast sama kan.. -__-


Of coz la nak ke Shah Alam tu En. Along yang drive kan.. So, ai dok layan hujan dan lagu aje la.. Borak-borak sikit.. Sambil tu ai snap pic hujan. Ai suka snap gambar hujan. Bagi ai hujan tu suatu rahmat dan gambar titisan hujan tu sangat indah.. Anugerah Tuhan yang indah di pagi hari.. ^__^ Hujan rahmat..

* berangan jadi Hakim kejap.. pinjam parking ye Puan.. ^__^ *

Wassalam..

No comments:

Post a Comment