Aku Sentiasa Disisimu Wahai Teman

Assalamualaikum. Cinta.


Teman.. andainya engkau tiada tempat mengadu, aku sedia mendengar. Perhatianku bukan kerana simpati tapi kerana sayangku kepadamu. Aku tidak mahu hilangnya seorang teman yang sentiasa ceria dan bergelak ketawa bersamaku. Aku tidak mahu engkau terus-terusan menangis dalam tidurmu. Jodoh itu rahsia Allah swt. Hidup, mati, rezeki juga rahsia Allah swt..



Andai dia bukan jodohmu, redhalah pemergiaannya. Doakanlah kebahagiannya dari kejauhan. Bersabarlah dalam menghadapi ujian yang satu ini.. Tabahkanlah hatimu wahai teman. Ingatlah bahawa setiap kejadian itu aturan Allah swt dan ada hikmah di sebaliknya. Mungkin sekarang engkau merasakan sakitnya, tapi suatu hari nanti engkau juga akan merasai keindahan dan kebahagian itu.

Berdoalah kepada-Nya. Mohonlah kekuatan dari-Nya. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah..


Usahlah bersedih lagi wahai teman. Masih ramai lagi disekelilingmu yang masih menyayangi dirimu. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. 

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira dan berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI..


Ambillah sedikit waktu untuk menangis semahu-mahunya. Lepaskanlah segala yang terbuku di hati. Luahkan segala yang terpendam di jiwa. Esok, bangkitlah dengan suatu semangat baru. Berazamlah bahawa engkau akan bahagia dengan hidupmu walau tanpa dia disisi. Terkadang, kepedihan harus dilalui sebelum tercapainya kebahagiaan. Tersenyumlah ketika bersedih, kerana akan ada jalan kebahagiaan itu..

Jika Tuhan menciptakan pelangi untuk mengindahkan langit, maka Tuhan menciptakan sahabat untuk keindahan hidupmu.. ^__^

p/s : Buatmu teman yang kukenali dan kusayangi, andainya engkau membaca coretan ini, ketahuilah engkau bahawa coretan ini sememangnya khas buatmu. Maafkanku andai ada kata-kata yang membuatkanmu terasa hati.. Aku bukan malaikat.. Aku hanya seorang insan kerdil di sisi Tuhannya yang menyayangimu.. Aku tidak mahu engkau terus hanyut dalam duniamu. Bangkitlah wahai temanku.. Aku sentiasa ada di sini.. Aku sentiasa menanti dengan tangan yang terbuka.. Marilah kita sama-sama meneruskan hidup ini dengan sinar cahaya yang baru.. Aku sayang kamu..

Wassalam..

Sahabatmu,
Sue

No comments:

Post a Comment