[30 September] Setahun Lagi...

Assalamualaikum. Cinta.

30 September sudah memunculkan diri..
Alhamdulillah..
Bertambah setahun lagi usia ini..
Masih diberi kesempatan menikmati segala rasa dan pengalaman hidup..
Syukur kepadaMu ya Tuhanku!

Aku mengenal erti cinta..
mengenal erti bahagia..
mengenal erti gembira..
mengenal erti kecewa..
mengenal erti air mata..

Terima kasih pada Mama..
yang telah bersusah payah melahirkan diri ini ke dunia..
yang lena malamnya sering terganggu..
yang tidur siangnya sering gelisah..
yang sentiasa mendengar rintihan anaknya..
yang sentiasa tersenyum di kala anaknya berduka..
yang sanggup menyambung tugas mendidik anakku pula..
yang sanggup memujuk anakku ketika dimarahi..
yang sentiasa memanjakan anakku di kala dia perlu perhatianku..
Terima kasih yang tidak terhingga..

Terima kasih pada Abah..
yang sentiasa memberi perhatiannya tak terbelah bahagi..
yang sentiasa menghulur bantuan di kala diri ini hampir tersungkur..
yang sentiasa menceriakan hari-hari yang suram..
yang sentiasa kalah dengan perasaan sayangnya kepadaku dan anakku..
yang sentiasa beralah kepada cucunya yang seorang..
yang sentiasa menerima apa jua keadaan dengan tabah..
yang sentiasa menemani anakku yang kesunyian..
Terima kasih Abah atas segalanya..

Terima kasih kepada suamiku..
yang sentiasa memberi sokongan dalam apa jua keputusanku..
yang sentiasa membimbing hidupku..
yang sentiasa sabar dalam melayan kerenahku..
yang sentiasa menghulurkan tangan di saat aku terjatuh..
yang sentiasa tenang ketika aku keresahan..
yang sentiasa memujuk di saat aku kegelisahan..
yang sentiasa mencurahkan kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi..
Terima kasih sayang!

Terima kasih kepada satu-satunya adik yang aku ada..
kerana sentiasa menerima apa jua keadaan kakakmu ini..
kerana sentiasa melayan kerenah kakakmu ini..
kerana menjadi teman bergaduh kakakmu ini..
kerana menjadi penghibur kepada anak buahmu yang seorang itu..
Terima kasih Adik!

Terima kasih wahai puteriku, Hadirah..
kerana sentiasa memahami kesibukkan ibumu ini..
kerana sentiasa menghadiahkan ciuman tatkala ibumu kepenatan..
kerana sentiasa menghadiahkan senyuman tatkala kemarahan ibumu melanda..
Terima kasih kerana sentiasa menghiburkan dengan telatahmu yang membahagiakan jiwa..
kerana sentiasa mengusik ibumu dengan akalmu yang panjang itu..
kerana memberi peluang kepada ibumu untuk mendidikmu walau dalam masa yang singkat..
kerana memberi waktu untuk ibumu mencurahkan kasih sayang kepadamu walau hanya di hujung minggu..
Terima kasih cahaya permataku..

Terima kasih yang tak terhingga..
pada mereka yang senantiasa mendoakan kebahagianku..
yang senantiasa menggembirakan jiwaku..
yang senantiasa mendengar keluh kesah hati ini..

Terima kasih kerana kalian sudi memanjatkan lafaz ulang tahun kelahiranku..
hingga aku sendiri takut andaikata aku tidak dapat melakukan hal yang sama kepada kalian..
Aku memohon maaf andai aku tidak seperti yang kalian bayangkan..
Aku hanyalah insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan..
Khilafku mengajar aku erti menghargai apa yang ada..

Ya Allah..Sungguh indah takdir ini..Segalanya tampak sempurna..namun ku tahu hakikat di sebaliknya tidak sebegitu..Ujian dan dugaanMu mematangkan setiap insan..Aku memohon ketabahan dariMu untuk aku lalui liku-liku kehidupan ini..Moga-moga pelangi indah akan muncul setelah hujan yang Kau turunkan akan berakhir..




Wassalam..

4 comments:

  1. done follow sini no. 51
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Wah.... happy belated birthday ya.... indah sungguh puisi ini...

    ReplyDelete
  3. dtg dari blog kak mia, haii kak. Happy belated besday ye

    ReplyDelete