2 Tahun 6 Bulan

Assalamualaikum. Cinta.

Hari ini genap usia Hadirah 2 tahun 6 bulan.. Hurmmmm..nak masuk 3 tahun dah ni..

Apa yang dia pandai sekarang ni? Haaa..ni yang nak bagi list ni..

1) Pandai buat lawak - bab ni memang dia suka.. Agaknya belajar dari Atuk dia ni.. Suka sangat bagi orang gelak sampai sakit perut bila tengok telatah dia tu..
2) Rajin mengusik orang - haaa..yang ni lagi satu yang memang tak tahan. Kadang-kadang tu sampai bergaduh dengan dia. Dia akan datang geletek kita la, kacau kita buat kerja la.. Haishhh.. Part yang geletek orang tu yang tak tahan..
3) Suka bergusti/bergaduh - yang ni confuse girl ke boy ni? Suka sangat bergaduh especially gaduh dengan Aunty Yana dia.. Gaduh tu sampai tarik tarik rambut okeh! Pastu adegan cubit cubit la, tampar tampar la.. Lastly adegan mengadu kat sesapa lepas tu mintak simpati untuk cubit Aunty dia bagi pihak dia.. Haha.. Kalau dengan Mummy dia, dia suka jugak gaduh tapi more macam bergusti pun ade.. Ade ke patut kalau we all atas katil tu, dia datang dari belakang, peluk leher dari belakang lepas tu tarik sampai terlentang. Bila kita ni dah terlentang dia pun gelak sakan macam AMKrew HotFM tu.. Adoi..
4) Pandai baca ABC - yang ni memang dipuji la walaupun dia belum fluent lagi sebutannya tu tapi boleh dah hafal A to Z. Dah kenal huruf-huruf tu semua.. Alhamdulillah..
5) Pandai baca Alif ba ta - yang ni pun dia boleh hafal walaupun memang kalau dengar sebutan dia tu tak berapa fluent lagi.. Dia ni cepat belajar. So, memang tak boleh silap cakap sikit. anti dia ikut je ape yang orang cakap..
6) Pandai on PC - fuhhh..anak orang IT la sangat.. Dia ni tak payah ajar on PC pun dia dah tahu. Dia ni memang suka memerhati ape yang orang buat lepas tu dia buat.. Setakat nak on PC then bukak Youtube tu, dia terror ye bab bab tu.. Fuhhhh..berpeluh ni.. Risau jugak dia on yang bukan-bukan.. Kalau setakat nak tengok kartun kegemaran dia ke macam Oggy, Upin Ipin, Tom and Jerry, Mickey Mouse Club House, and so on tu, suruh je dia cari sendiri, sure jumpa punya la.. Memang celik IT betul la.. Huruf kat keyboard tu pun dia kenal cuma tak pandai nak mengeja.. Kalau dia cari kartun tu biasanya dia pakai click click aje.. Tu memang dia pandai. Kagum! Lepas tu kalau ade iklan kan masa awal-awal start kartun tu, dia sendiri click "skip ads" ye..jangan tak tahu.. Kalah ai yang malas nak click menatang tu..
7) Phone - haaa..ni lagi satu menatang yang tak boleh letak rata-rata. Sure dia nak main punya la.. Games semua dia boleh bukak sendiri. Siap boleh ajar Atuk and Onie dia sekali camne nak guna phone canggih..
8) Tab - yang ni pun gadget yang ai punya dia kebas jadi hak milik dia.. Huhu.. Tapi bukan la yang mahal tu. Setakat yang cikai tu takpe la lagi.. Games dalam tu dia yang main.. Ajar Atuk and Onie dia main sekali games tu.. "camni.." katanya sambil tunjuk gaya main games..
9) Cepat mintak maaf - satu sifat dia yang buat ai kagum.. Bila dia buat salah, cepat dia mintak maaf.. "sowy mami" katanya.. Tu pun bila ai cakap "aduh" kalau dia buat ape ape kat ai.. Tak jadi ai nak marah dia.. Sejuk terus..cair hati beb wa cakap lu!
10) Pandai ucap terima kasih - kadang kadang tu kan terasa macam kena perli dengan anak sendiri pun ade. Sebabnya, kalau kita mintak tolong kat dia ambilkan something ke, belum sempat kita ucap terima kasih atau kita terlupa ke kan, dia dulu cakap, "tima kacih" atau "tenkiu" lepas tu siap sambung lagi "sama sama" atau "welcome".. Erk! Perli ke ape ni? Dia sendiri cakap terima kasih dia sendiri jugak cakap sama sama..
11) Suka tengok pengantin - yang ni tak tahu la dari mana yang dia sukanya.. Apekah kerana ai suka snap gambar time pi wedding mana-mana ke? Tapi mustahil sebab bukan setakat pi wedding je ai suka ambil gambar, malah ke mana-mana or ade yang menarik pun, ai akan snap. Tapi Hadirah ni pelik betul. Menangis woo kalau tak dapat tengok pengantin bila pi wedding sesapa.. T_T nak makan pun payah. Kalau kat rumah pulak, siap tengok kat rancangan Raikan Cinta ke, Nona ke, atau dalam drama yang ade orang kawen kawen ni.. Ape yang dia suka sangat kat pengantin tu tak tahu la.. Kadang-kadang tu siap pasang vcd ai kawen okeh! Siap ulang banyak kali sampai dia boring.. Anak sapa la ni..
12) Suka tengok iklan - time kita tengok drama or whatever dia tak layan. Siap kacau kita ni haa ajak main dengan dia. Takpun dok bergusti dengan kita. Tapi bila tiba je time iklan, ternganga tengok iklan tu. Tak berkelip mata. Tak bergerak macam patung. Marah kalau kita kacau dia time iklan. Terbalik kan?
13) Suka bertanya - sekarang ni dia sedang dalam proses belajar. Maybe sebab tu dia asyik bertanya. "mami, ni ape?" atau "ape ni?" atau "ape?" je.. Haa.. Memang dia banyak tanya. Letih jugak nak jawab sebab nak bagi jawapan yang mudah dan senang faham.. Baru ai rasa susah jugak nak mengajar anak ni..
14) Memilih/cerewet - yang ni memang dah confirm dapat sifat dari sapa.. Sapa lagi kalau bukan Aunty dia yang cerewet tu.. Kalau nak pi kenduri kawen, dia nak.pakai baju "pincess" means baju yang kembang kembang ala ala princess tu la.. Kalau ambik baju lain, sure mengamuk.. Hadoi la.. Kalau nak beraya, dia pi cari baju kurung. But kadang-kadang tu, nak pi wedding mana-mana dia mintak jugak baju kurung. Kalau nak jalan-jalan ke mana-mana tu dia takde la kisah sangat sebab ai akan ambik baju ape nak pakai siap-siap. Tak nak tanya dia nak pakai baju ape. Kalau tanya, sure nak baju princess dia ke, baju kurung ke. Sometimes dia nak pakai baju baru bila dia tahu ade baju baru untuk dia. Kalau beli baju pulak, kalau dia tak berkenan, tak payah la susah susah nak beli. Dia tak nak pun. Dia akan pilih baju mana atau kasut mana yang dia berkenan. Kalau tak bagi beli, dia ambik bawak lari ye! Jenuh la main kejar kejar dalam shopping mall tu or pujuk dia. Bukan ape, kadang tu baju tu bukan saiz dia. Dah la kena beli baju saiz dua kali ganda lagi dari umur dia.. Hadoi la anakku yang sorang ni.. Belum ade dua orang ke tiga orang ke kan.. Mahu huru hara dalam shopping mall tu..
15) Sensitif - yang ni ade la sikit macam ai.. Eh, sikit je kot.. Haha.. Hadirah ni kalau orang tegur sikit je pun dah merajuk. Lepas tu siap nangis bagai.. Kadang tu suara tak tinggi pun, just cakap baik-baik je, bagitahu iti salah dan tak boleh buat macam tu, itu pun dia dah merajuk sekali dengan pakej menangis..

Kalau nak list ni rasa banyak lagi perkembangan dia ni.. Sampai esok tak habis.. Nanti ai sambung lagi.. Sebab nak kena sambung buat kerja.. Kikikiki.. Nak pi breakfast gak sat lagi..

Apa-apa pun, Hadirah adalah anugerah yang terindah yang dikurniakan oleh Allah swt.. Bersyukur sangat.. Ada penyejuk hati dan penawar di kala duka.. Bila tengok dia, belai dia, peluk cium dia, lepas la rindu ai ni haa.. Terasa hilang semua masalah.. Alhamdulillah.. Mummy miss you sayang! Malam ni kita jumpa ok!

Wassalam..


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment