[0109] Rindu 0109

Assalamualaikum. Cinta.

Rindu itu hadir lagi. Masih sama rasa rindu itu. Entah mengapa sukar untukku tepis setiap kali rindu itu datang mengetuk pintu hati ini. Hanya kalamullah dan zikrullah sebagai pengubat ketika rindu itu hadir. 

Walaupun telah 8 tahun berlalu, namun suaranya masih terngiang-ngiang di cuping telinga. Masih terbayang-bayang senyuman manis yang dilemparkan tatkala aku pulang ke rumah di hujung minggu atau cuti semester. Sambil tersenyum penuh makna, mata pula berkenyit-kenyit memainkan peranan, tanda meminta simpati. Hati mudah cair dengan senyumannya. Sanggupku berkorban untuknya. Tak sampai hati mengatakan "tidak" kepadanya. Kegembiraannya pengubat keletihanku.

Namun kini tiada lagi senyuman realiti darinya. Tiada lagi hilai tawanya. Tiada lagi suaranya yang dapat kudengari.

Hanya al-Fatihah kukirimkan tatkala ingatanku melayang jauh mengingati kenangan silam.. Terlalu sedikit kenangan yang masih kekal hingga kini. Kadang terasa mahu membuangnya jauh-jauh supaya tiada lagi kenangan itu singgah dan melukakan hati namun, akal warasku menghalang kehendak hati. Hanya itu yang tinggal sebagai tanda ingatanku padanya.. Walau hanya pedih dan sakit yang bertandang, akan kusimpan untuk selamanya.

Sesungguhnya, aku hanya mampu berdoa memohon keampunan buatmu dan moga dikau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Kan kukenangmu dalam doaku. 

Terima kasih ya Allah kerana dengan rasa rindu ini, aku masih mampu mengingatinya dan memanjatkan doa kepada-Mu untuknya. Sampaikan salam rinduku padanya...

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah daripada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

firman Allah, ''Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati..." (QS. al-Imran: 185) dan ''Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.." QS. an-Nissa: 78 

Al-Fatihah buatmu Angah... 

12091989 - 01092005 dalam kenangan..

Wassalam..

Coretan dari hati kecilku buatmu yang jauh di sana,
Kaklong yang merinduimu, Sue...

1 comment:

  1. salam kenal..


    semoga ALLAH sentiasa merahmati.. INSYALAH..

    ReplyDelete