12:00:00 AM

[30 September] Setahun Lagi...

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

30 September sudah memunculkan diri..
Alhamdulillah..
Bertambah setahun lagi usia ini..
Masih diberi kesempatan menikmati segala rasa dan pengalaman hidup..
Syukur kepadaMu ya Tuhanku!

Aku mengenal erti cinta..
mengenal erti bahagia..
mengenal erti gembira..
mengenal erti kecewa..
mengenal erti air mata..

Terima kasih pada Mama..
yang telah bersusah payah melahirkan diri ini ke dunia..
yang lena malamnya sering terganggu..
yang tidur siangnya sering gelisah..
yang sentiasa mendengar rintihan anaknya..
yang sentiasa tersenyum di kala anaknya berduka..
yang sanggup menyambung tugas mendidik anakku pula..
yang sanggup memujuk anakku ketika dimarahi..
yang sentiasa memanjakan anakku di kala dia perlu perhatianku..
Terima kasih yang tidak terhingga..

Terima kasih pada Abah..
yang sentiasa memberi perhatiannya tak terbelah bahagi..
yang sentiasa menghulur bantuan di kala diri ini hampir tersungkur..
yang sentiasa menceriakan hari-hari yang suram..
yang sentiasa kalah dengan perasaan sayangnya kepadaku dan anakku..
yang sentiasa beralah kepada cucunya yang seorang..
yang sentiasa menerima apa jua keadaan dengan tabah..
yang sentiasa menemani anakku yang kesunyian..
Terima kasih Abah atas segalanya..

Terima kasih kepada suamiku..
yang sentiasa memberi sokongan dalam apa jua keputusanku..
yang sentiasa membimbing hidupku..
yang sentiasa sabar dalam melayan kerenahku..
yang sentiasa menghulurkan tangan di saat aku terjatuh..
yang sentiasa tenang ketika aku keresahan..
yang sentiasa memujuk di saat aku kegelisahan..
yang sentiasa mencurahkan kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi..
Terima kasih sayang!

Terima kasih kepada satu-satunya adik yang aku ada..
kerana sentiasa menerima apa jua keadaan kakakmu ini..
kerana sentiasa melayan kerenah kakakmu ini..
kerana menjadi teman bergaduh kakakmu ini..
kerana menjadi penghibur kepada anak buahmu yang seorang itu..
Terima kasih Adik!

Terima kasih wahai puteriku, Hadirah..
kerana sentiasa memahami kesibukkan ibumu ini..
kerana sentiasa menghadiahkan ciuman tatkala ibumu kepenatan..
kerana sentiasa menghadiahkan senyuman tatkala kemarahan ibumu melanda..
Terima kasih kerana sentiasa menghiburkan dengan telatahmu yang membahagiakan jiwa..
kerana sentiasa mengusik ibumu dengan akalmu yang panjang itu..
kerana memberi peluang kepada ibumu untuk mendidikmu walau dalam masa yang singkat..
kerana memberi waktu untuk ibumu mencurahkan kasih sayang kepadamu walau hanya di hujung minggu..
Terima kasih cahaya permataku..

Terima kasih yang tak terhingga..
pada mereka yang senantiasa mendoakan kebahagianku..
yang senantiasa menggembirakan jiwaku..
yang senantiasa mendengar keluh kesah hati ini..

Terima kasih kerana kalian sudi memanjatkan lafaz ulang tahun kelahiranku..
hingga aku sendiri takut andaikata aku tidak dapat melakukan hal yang sama kepada kalian..
Aku memohon maaf andai aku tidak seperti yang kalian bayangkan..
Aku hanyalah insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan..
Khilafku mengajar aku erti menghargai apa yang ada..

Ya Allah..Sungguh indah takdir ini..Segalanya tampak sempurna..namun ku tahu hakikat di sebaliknya tidak sebegitu..Ujian dan dugaanMu mematangkan setiap insan..Aku memohon ketabahan dariMu untuk aku lalui liku-liku kehidupan ini..Moga-moga pelangi indah akan muncul setelah hujan yang Kau turunkan akan berakhir..




Wassalam..
10:12:00 PM

[Wedding] The Red

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Ni baru berkesempatan nak update cerita tentang wedding yang ai pergi semalam di Kuantan ye uollsss.. Wedding one of my officemate merangkap my gf and also my gossip girls.. Haha.. ^__^

 * from her whatsApp - Nikah : 27 Sept 2013 *

Ai bertolak dari KKB memandangkan ai kena ambil Hadirah kan.. So ai lalu ikut Genting Highlands.. Shortcut sikit la.. Boleh check in kat sini walaupun lalu je kan.. Kikikiki.. Tapi still terlewat jugak sampainya.. Tu pun speed tak hengat ko.. Lari 170 tu.. Kalau ada speedtrap ni rasanya dah berapa puluhnya entah kami kutip ni.. Nanti baru nak check.. -__-



Wani dan kawan-kawan yang lain dah bertolak awal pagi.. Around 9.30 pun ada.. So mereka semua dah sampai awal.. Ai sampai pun dah dekat-dekat time pengantin lelaki nak sampai..

Sampai rumah Yan je, si Hadirah ni buat hal la pulak.. Kencing bocor.. Habis skirt yang dia pakai tu.. Terpaksa la tukar ke seluar jeans.. Nasib baik masih ada red theme lagi.. Tu yang terlambat lagi tu..

* orang lain dah lama habis makan, ai je yang lambat *





Dah kahwin dah sorang.. Dah boleh join the club dah ni.. Tinggal sorang je lagi ni.. Hihi.. ^__^ Moga-moga dia pun akan menyusul nanti.. InshaaAllah..

* ni kawan-kawan SL1M yang turut hadir *

 * i will waiting for her turn pulak nanti.. InshaaAllah.. *

* Yan sangat cantik! Naik satu status Puan Nabihan..* 

Oh ya! Ini la al kisahnya pasal Hunting For The Red [Part 1] dan Hunting For The Red [Part 2] tu.. We all nak cari baju untuk pi wedding my gf ni je sebenarnya.. ^__^

* Tahniah Yan & Shah! Selamat Pengantin Baru! Semoga berkekalan until Jannah.. *


***p/s: sayu tiba-tiba.. agak-agak lepas ni boleh lepak sama lagi tak?

~sumber gambar adalah dari whatsApp Wani dan fb kawan-kawan..~

Wassalam...
8:13:00 PM

Hunting For The Red [Part 2]

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

***Sambungan dari entri ini...

Day 2
27 Sep 2013

Misi pencarian "the red one" diteruskan lagi.. Kali ini location di Midvalley.. Kerana apa? Sebab dekat dengan office.. Muahahaha.. ^__^

Tapi still hanya dapat untuk Hadirah sahaja.. My other stuff tak dapat lagi time ni.. My gf, Wani pun tak beli apa-apa.. Actually kami ni nak beli present.. Belek punya belek tak dapat lagi.. Tak tahu nak beli apa.. Harga tak padan dengan barang pun ye jugak.. Hurmmmm.. -__-"


Lunch dah tentu.. Sebab lapar sangat, lama pulak tunggu teksi that day, makan dulu la jawabnya sebelum ronda-ronda.. That day memang payah betul dapat teksi. Agaknya sebab baru dapat gaji la ni.. Ai bukan apa, malas nak drive ke Midvalley tu sebab parking time-time tengahari Jumaat pulak tu, sure penuh.. Dah pernah terkena sekali, serik terus.. At last keluar tanpa turun dari kereta pun.. cari parking je dah sejam.. Tu yang tak nak drive.. Naik cab lagi senang.. Kan..

* yang ni actually tak termasuk dalam list "the red" pun.. tapi gedik nak beli jugak.. nak jugak letak kat office.. sama kaler pulak tu dengan Wani.. ^__^ *

Balik kerja, still sambung lagi misi pencarian "the red one".. Haha.. Memang tak habis selagi tak sampai harinya.. But malam tu dah settle la cari..

Don't worry.. Next entry ai akan publish apa kaitan hunting for the red ni.. Nantikan ye!

***nak pi makan sat..

Wassalam...
7:50:00 PM

Minum Petang

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Menu untuk minum petang hari ini...



Tak cukup ahli je ni.. Kesian Cik Yana..

Wassalam..
posted from Bloggeroid
2:26:00 PM

Hunting For The Red [Part 1]

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

***Entri yang tertinggal...

Day 1
26 Sep 2013

Lagi 2 hari akan tiba hari yang dianti-nanti.. But preparation satu apa pun tak buat.. So, that day ai dah decide nak pi cari jugak.. Berjaya menggoda sorang lagi gf untuk turut serta.. We all ke Shah Alam je.. Tak sure nak cari kat mana.. 

* us - day 1 - hunting for the red *

But pusing punya pusing tak jumpa jugak apa yang dicari.. Kenapa la susah sangat nak cari the red one ni.. My gf dah jumpa salah satu yang dicarinya.. Ai je tak jumpa lagi.. Petang tu after makan-makan, ai hantar my gf Wani ke KTM station.. Dia nak meneruskan pencariannya di Times Square katanya.. Ai pun nak teruskan pencarian ai kat Tesco area rumah je... Takpun nak ke Setia City Mall..

Finally, jumpa jugak apa yang dicari.. The main one harus la merah okeh! But then, ada jugak yang tak jumpa.. Hadirah punya pun takde lagi..

Takpe.. Esok (Jumaat-27 Sep 2013) teruskan pencarian.. Lagipun dah malam.. Kesian kat En. Along kena tinggal lama-lama..

To be continued...

Wassalam...
11:54:00 PM

Menemani Bakal Pengantin ke Tini's Spa

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Ai baru nak update pasal ke SPA ni uollsss.. Hahaha.. First time ai ke spa ye.. So ni kira my first experience la ye.. Before ni ai tak pernah lagi ke spa.. Dalam kepala ai hanya Mak Datin-Mak Datin je yang pi situ kan.. walaupun hati meronta-ronta nak jejak kaki tapi until la 25 Sep 2013 baru la merasa pergi spa.. Tu pun sebab nak teman my gf, Yan ni haa.. Orang nak kawen dah kan.. So harus la ke spa.. ye tak?


Actually, ni kira booking last minute ni.. We all pilih Tini's Spa yang terletak kat Seksyen 7 Shah Alam.. (bakal pengantin yang pilih) Ai lagi suka kat Shah Alam sebab at least boleh gak teka-teka jalan.. Kalau tempat lain, sesat dah berjam-jam la jawabnya.. Memang banyak dugaannya.. But anyway, sampai jua ke sini..

Kat sini bukan la berkonsepkan Bali ke ape ke kan.. Tak sure nak cakap moden ke ape ke kan.. Yang ai tengok, simple, kemas and sejuk mata memandang.. Theme color hijau putih yang mendamaikan.. Muzik yang dipasang menenangkan jiwa.. how sweet!


* sila abaikan beg kami yang bersepah tu ye.. *

Before start anything, kami dok isi borang dulu.. Hanya ai dan bakal pengantin je yang nak try ni.. Sorang lagi gf ai tu tak join pun.. Temankan kami ni.. Tq ye tunggu kami berjam-jam.. Ai ambil body massage sebab ai teringin sangat nak rasa body massage kat spa macam mana kan.. Ai pilih Body Massage - Aromatherapy (Relaxing). Untuk Body Massage ni ada 2, Sweedish (RM 88) dan Aromatherapy (RM 98) and selama sejam je. Ok la kan.. Ai pilih relaxing oil.. Sebab memang nak relax pun.. Stress kerja kan.. Meroyan lagi kan.. So, harus la yang relax.. Next time ai nak try oil jenis yang lain la pulak like sensual oil.. ^_^

 * dok tanya nak isi penyakit ape dalam borang.. hahaha.. *


My gf, Yan ni ambil yang full package, ada body massage, mandi susu, sauna, scrub badan and ape lagi tak ingat yang berharga RM 218. So before dia start, harus la dengar sedikit penerangan kan.. Oh ya! Ai lupa nak tanya nama dorang berdua yang layan kami ni haa.. Kikikikiki..

Before body massage, dimulakan dengan cuci kaki dengan air suam dulu and serbuk seperti garam. Okeh! First time ye! So, ai tak tahu nak panggil treatment ape ni.. -__-"

Then, kami kena tukar pakai kain batik lepas and panties khas.. Berkemban la nampaknya. Yang buat ai gelak sesorang dalam bilik persalinan tu, ai tak reti pakai kain batik tu! Puas dok pusing sana sini. Hahaha.. kesian kan.. Sampai akak tu kena tanya ai dah siap ke belum.. T__T Sadis betul pakai kain batik gini.. 

Harap maaf la.. Hancur kang kalau post gambar time body massage.. Seksi Seksa siut.. Hahaha..

Then ai dibawa ke bilik mengurut. Ruang mengurut tu kelam suram je.. Memang sesuai lelapkan mata. Ada lilin la nak terang sikit tapi still rasa so sesuai nak berdengkur.. Mampu ke tido? Hahaha..memang tak la jawabnya.. Sakit woo kena urut.. Hambek ko!

Si Yan pun dok kat sebelah ai.. Kebetulan time tu yang buat body massage kami berdua je. Hmmm.. memang bertegur sapa la kan sebab dah dok sebelah menyebelah.. Yang pisahkan kami hanya langsir nipis.. See through ko.. Muahaha.. Wani kena join sekali ni, baru la meriah kalau bertiga.. Dalam kepala, terfikir, Wani sure tak nak kena urut-urut and siap berkemban bagai ni.. Then tergelak la sorang-sorang.. Rupanya bukan ai sorang je yang fikir macam tu.. Yan pun sama.. Hahaha.. No wonder gelak sorang-sorang..

Nikmatnya ada orang belai-belai.. Tapi sakit wooo.. kebetulan memang ai ni sakit kaki sebelah kiri dua-tiga hari ni.. Memang kena gayanya.. Agaknya letih driving.. Tapi yang sakit kaki yang tak guna driving.. T__T Memang after urut tu rasa best.. Berbunyi-bunyi ko seluruh badan.. Nampak sangat tak jaga badan kan.. T__T After this nak pergi lagi la.. Tak boleh la tak urut.. Hahaha.. Alasannya nak cantik and sihat..

After sejam, ai punya session dah setel. Tunggu Yan punya session habis.. So, sembang-sembang la dengan Wani.. Dah agak dah..sure Wani tak nak.. Hahahaha..

Yan cerita time dia mandi susu, dia terapung-apung beberapa kali. Jenuh la nak tenggelamkan badan dia.. Haa..nak kata dia ringan la tu.. ^__^ Kitorang ni sakit sakit perut gelak.. Dia siap dok bercakap and tergelak sorang-sorang kat dalam tu.. Hahaha..

After session Yan setel, kami pergi dinner. Asalnya ai nak bawak pi Seksyen 13 makan kat situ.. tapi tak jumpa jalan masuk tempat yang ai nak pergi tu.. Jenuh berpusing dua-tiga kali. Lastly, cancel! Pi bawak dorang makan kat kedai kopi tepi tasik Shah Alam tu je.. Sorry ye korang.. Huhuhu...



After makan dok borak-borak.. The ai hantar dorang ke LRT Taman Bahagia.. Wooo.. tak pernah bawak sendiri pi situ.. Before ni En. Along ada teman.. Balik dari situ sampai rumah semalam dah jam 10.00 malam.. Uishhh..terasa macam orang bujang pulak.. Kikikiki.. Tq korang..

Ni pun sempena nak meraikan si Yan yang kami jumpa hari ini sebagai last orang bujang.. After this dah naik satu title.. Lagipun dia nak balik Kuantan dah.. Kebetulan birthday dia 24 Sept so sekali harung la kan.. Hehe..

Sorry En. Along.. Dah tidur rupanya..

Wassalam..
11:39:00 AM

Pandainya Si Kecil Ni Masak Bahulu

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Tengok ni.. Opah ai kat kampung baru hantar MMS si Hadirah masak bahulu.. Tolong Moyang ke tolong kacau je ni ye Hadirah???



Bukan main lagi si kecik ni.. Rindu sama dia..

Wassalam..

posted from Bloggeroid

11:38:00 AM

Bye Kota Bharu.. Hi KL

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Sedang menunggu flight.. Full story tentang aktiviti kat Kota Bharu akan diceritakan dalam entri lain..

Bukan apa..just quick update je ni.. Full picture aktiviti pun takde lagi ni.. Kena tunggu ambil dari team lain.. So, right now only update ini je.. Kikikiki..




Wassalam..

posted from Bloggeroid

7:31:00 AM

Berdebar...

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Berdebar-debar ni.. Gamble sorang-sorang.. First time fly sorang-sorang.. Before ni ada la gak officemate.. Nampak gayanya ai la the last person yang akan tiba kat Kota Bharu ni..

Orang lain ramai yang dah tiba semalam.. Gini la jadinya last minute punya plan.. Haha..



Tengah taip ni..tetiba dah panggil.. Awal pulak nak fly.. So now, atas flight dah ni..

Dah la lupa nak tukar kasut.. Pakai sandal bawak kereta.. Huhu.. Ni la yang parah kalau ai yang drive.. Sure lupa nak tukar kasut..







Wassalam..

posted from Bloggeroid

6:58:00 AM

Bye KL!

by , in
Assalamualaikum. Cinta.



Selamat tinggal KL.. Will come back soon!

posted from Bloggeroid

9:04:00 AM

2 Tahun 6 Bulan

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Hari ini genap usia Hadirah 2 tahun 6 bulan.. Hurmmmm..nak masuk 3 tahun dah ni..

Apa yang dia pandai sekarang ni? Haaa..ni yang nak bagi list ni..

1) Pandai buat lawak - bab ni memang dia suka.. Agaknya belajar dari Atuk dia ni.. Suka sangat bagi orang gelak sampai sakit perut bila tengok telatah dia tu..
2) Rajin mengusik orang - haaa..yang ni lagi satu yang memang tak tahan. Kadang-kadang tu sampai bergaduh dengan dia. Dia akan datang geletek kita la, kacau kita buat kerja la.. Haishhh.. Part yang geletek orang tu yang tak tahan..
3) Suka bergusti/bergaduh - yang ni confuse girl ke boy ni? Suka sangat bergaduh especially gaduh dengan Aunty Yana dia.. Gaduh tu sampai tarik tarik rambut okeh! Pastu adegan cubit cubit la, tampar tampar la.. Lastly adegan mengadu kat sesapa lepas tu mintak simpati untuk cubit Aunty dia bagi pihak dia.. Haha.. Kalau dengan Mummy dia, dia suka jugak gaduh tapi more macam bergusti pun ade.. Ade ke patut kalau we all atas katil tu, dia datang dari belakang, peluk leher dari belakang lepas tu tarik sampai terlentang. Bila kita ni dah terlentang dia pun gelak sakan macam AMKrew HotFM tu.. Adoi..
4) Pandai baca ABC - yang ni memang dipuji la walaupun dia belum fluent lagi sebutannya tu tapi boleh dah hafal A to Z. Dah kenal huruf-huruf tu semua.. Alhamdulillah..
5) Pandai baca Alif ba ta - yang ni pun dia boleh hafal walaupun memang kalau dengar sebutan dia tu tak berapa fluent lagi.. Dia ni cepat belajar. So, memang tak boleh silap cakap sikit. anti dia ikut je ape yang orang cakap..
6) Pandai on PC - fuhhh..anak orang IT la sangat.. Dia ni tak payah ajar on PC pun dia dah tahu. Dia ni memang suka memerhati ape yang orang buat lepas tu dia buat.. Setakat nak on PC then bukak Youtube tu, dia terror ye bab bab tu.. Fuhhhh..berpeluh ni.. Risau jugak dia on yang bukan-bukan.. Kalau setakat nak tengok kartun kegemaran dia ke macam Oggy, Upin Ipin, Tom and Jerry, Mickey Mouse Club House, and so on tu, suruh je dia cari sendiri, sure jumpa punya la.. Memang celik IT betul la.. Huruf kat keyboard tu pun dia kenal cuma tak pandai nak mengeja.. Kalau dia cari kartun tu biasanya dia pakai click click aje.. Tu memang dia pandai. Kagum! Lepas tu kalau ade iklan kan masa awal-awal start kartun tu, dia sendiri click "skip ads" ye..jangan tak tahu.. Kalah ai yang malas nak click menatang tu..
7) Phone - haaa..ni lagi satu menatang yang tak boleh letak rata-rata. Sure dia nak main punya la.. Games semua dia boleh bukak sendiri. Siap boleh ajar Atuk and Onie dia sekali camne nak guna phone canggih..
8) Tab - yang ni pun gadget yang ai punya dia kebas jadi hak milik dia.. Huhu.. Tapi bukan la yang mahal tu. Setakat yang cikai tu takpe la lagi.. Games dalam tu dia yang main.. Ajar Atuk and Onie dia main sekali games tu.. "camni.." katanya sambil tunjuk gaya main games..
9) Cepat mintak maaf - satu sifat dia yang buat ai kagum.. Bila dia buat salah, cepat dia mintak maaf.. "sowy mami" katanya.. Tu pun bila ai cakap "aduh" kalau dia buat ape ape kat ai.. Tak jadi ai nak marah dia.. Sejuk terus..cair hati beb wa cakap lu!
10) Pandai ucap terima kasih - kadang kadang tu kan terasa macam kena perli dengan anak sendiri pun ade. Sebabnya, kalau kita mintak tolong kat dia ambilkan something ke, belum sempat kita ucap terima kasih atau kita terlupa ke kan, dia dulu cakap, "tima kacih" atau "tenkiu" lepas tu siap sambung lagi "sama sama" atau "welcome".. Erk! Perli ke ape ni? Dia sendiri cakap terima kasih dia sendiri jugak cakap sama sama..
11) Suka tengok pengantin - yang ni tak tahu la dari mana yang dia sukanya.. Apekah kerana ai suka snap gambar time pi wedding mana-mana ke? Tapi mustahil sebab bukan setakat pi wedding je ai suka ambil gambar, malah ke mana-mana or ade yang menarik pun, ai akan snap. Tapi Hadirah ni pelik betul. Menangis woo kalau tak dapat tengok pengantin bila pi wedding sesapa.. T_T nak makan pun payah. Kalau kat rumah pulak, siap tengok kat rancangan Raikan Cinta ke, Nona ke, atau dalam drama yang ade orang kawen kawen ni.. Ape yang dia suka sangat kat pengantin tu tak tahu la.. Kadang-kadang tu siap pasang vcd ai kawen okeh! Siap ulang banyak kali sampai dia boring.. Anak sapa la ni..
12) Suka tengok iklan - time kita tengok drama or whatever dia tak layan. Siap kacau kita ni haa ajak main dengan dia. Takpun dok bergusti dengan kita. Tapi bila tiba je time iklan, ternganga tengok iklan tu. Tak berkelip mata. Tak bergerak macam patung. Marah kalau kita kacau dia time iklan. Terbalik kan?
13) Suka bertanya - sekarang ni dia sedang dalam proses belajar. Maybe sebab tu dia asyik bertanya. "mami, ni ape?" atau "ape ni?" atau "ape?" je.. Haa.. Memang dia banyak tanya. Letih jugak nak jawab sebab nak bagi jawapan yang mudah dan senang faham.. Baru ai rasa susah jugak nak mengajar anak ni..
14) Memilih/cerewet - yang ni memang dah confirm dapat sifat dari sapa.. Sapa lagi kalau bukan Aunty dia yang cerewet tu.. Kalau nak pi kenduri kawen, dia nak.pakai baju "pincess" means baju yang kembang kembang ala ala princess tu la.. Kalau ambik baju lain, sure mengamuk.. Hadoi la.. Kalau nak beraya, dia pi cari baju kurung. But kadang-kadang tu, nak pi wedding mana-mana dia mintak jugak baju kurung. Kalau nak jalan-jalan ke mana-mana tu dia takde la kisah sangat sebab ai akan ambik baju ape nak pakai siap-siap. Tak nak tanya dia nak pakai baju ape. Kalau tanya, sure nak baju princess dia ke, baju kurung ke. Sometimes dia nak pakai baju baru bila dia tahu ade baju baru untuk dia. Kalau beli baju pulak, kalau dia tak berkenan, tak payah la susah susah nak beli. Dia tak nak pun. Dia akan pilih baju mana atau kasut mana yang dia berkenan. Kalau tak bagi beli, dia ambik bawak lari ye! Jenuh la main kejar kejar dalam shopping mall tu or pujuk dia. Bukan ape, kadang tu baju tu bukan saiz dia. Dah la kena beli baju saiz dua kali ganda lagi dari umur dia.. Hadoi la anakku yang sorang ni.. Belum ade dua orang ke tiga orang ke kan.. Mahu huru hara dalam shopping mall tu..
15) Sensitif - yang ni ade la sikit macam ai.. Eh, sikit je kot.. Haha.. Hadirah ni kalau orang tegur sikit je pun dah merajuk. Lepas tu siap nangis bagai.. Kadang tu suara tak tinggi pun, just cakap baik-baik je, bagitahu iti salah dan tak boleh buat macam tu, itu pun dia dah merajuk sekali dengan pakej menangis..

Kalau nak list ni rasa banyak lagi perkembangan dia ni.. Sampai esok tak habis.. Nanti ai sambung lagi.. Sebab nak kena sambung buat kerja.. Kikikiki.. Nak pi breakfast gak sat lagi..

Apa-apa pun, Hadirah adalah anugerah yang terindah yang dikurniakan oleh Allah swt.. Bersyukur sangat.. Ada penyejuk hati dan penawar di kala duka.. Bila tengok dia, belai dia, peluk cium dia, lepas la rindu ai ni haa.. Terasa hilang semua masalah.. Alhamdulillah.. Mummy miss you sayang! Malam ni kita jumpa ok!

Wassalam..


posted from Bloggeroid
8:51:00 AM

Pagi Pagi Lagi...

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Ingat dapat la sampai awal as usual pagi ni.. Tapi jam 7.00 am ai still stuck kat federal lagi.. Area PJ pulak tu yang jammed.. Tapi pagi ni memang jammed luar biasa..

Ingatkan kenapa la tadi.. Rupa-rupanya ada lori sampah terbalik kat federal tu.. Jammed dia dari jauh lagi okeh.. Dari Subang lagi dah slow.. Rasanya driver lori sampah tu mengantuk.. Kalau tengok divider tepi jalan tu, agak teruk kena langgar. Lagipun memang tak ada kenderaan lain pun yang terlibat melainkan lori sampah tu.. Lane paling kiri for sure ditutup sebabnya kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan.. Kalau sekarang ni maybe dah settle kot.. Tadi pun ai tengok dah tak banyak mana dah yang tinggal.. Nampak gak la lori sampah yang terbalik tu tersadai tepi jalan.. No wonder la..

Tak ada gambar ye sebab tak sempat pun nak snap apa-apa.. Tak pasal-pasal kena saman dengan abang polis trafik yang jaga kat tepi jalan tu.. -__- Dah la ai potong Q tadi, tu pun nasib baik dia tak saman.. Sorry ye abang polis! Hehehe.. ^_^


Hmmm. nak breakfast ape ye pagi ni..??? Lapar... makan je tahu.. Kalau tak diet ni rosak..rosak..

Wassalam..
11:20:00 PM

Lunch + Dinner In Package

by , in
Assalamualaikum. Cinta

Asalnya nak tidur tadi, tapi tak boleh tidur. Dok godek sana sini dalam phone then edit gambar.. So, boleh la update pasal makanan je hari ni.. Makan aje ke yang ai tahu? No la.. Ni kes tak makan tengahari tadi ni.

Kebetulan ai balik awal hari ni, (dah macam company sendiri kan) so ingat nak mintak tolong En. Along tapaukan makan. Sekali kan, En. Along sampai tak lama lepas ai sampai. Apa lagi, En. Along ajak ai pi tapau pastu terus ubah plan, makan kat luar je terus..

Wow! Apalagi, tak tolak punya. Perut ai pun dah dok syok nyanyi lagu Demi Lovato - Heart Attack dah ni. (gara-gara tersuka kat lagu ni lately ni sampai putar berulangkali sampai muntah dari pagi sampai malam) - heh! Ape kena mengena dengan lapar ni ek?

We all makan kat Restoran Bendang, tak jauh dari rumah.. Bukan senang nak cari kedai makan melayu kat kawasan elite ni.. Harga toksah cakap la.. Faham-faham je la kalau dah dok kawasan elite ni lepas tu pulak dikelilingi rumah yang juta-juta harganya. (ai tak mampu dok rumah juta juta tu ye! Apartment tersesatt kat tengah tengah rumah juta juta tu je..) Memang kering purse tau.. Sadis.. T__T Kalau ada pun kedai ala ala tomyam thai tu pun jauh sikit la kat area Meru tu.. Bercinta la kan nak pi sana time time orang balik kerja ni..

* pelik betul la.. Air buah je mesti gelas besar *

Dah rasa macam chinese style pulak ye sebab makan before 6.00 petang.. Sorry ye..bukan diet tau. Memang lately ni jarang lunch.. Sama la pulak dengan En. Along. Tu yang laju je ikut dia pi makan bila dia ajak. Baru je nak mintak tolong tapaukan.. Hihi... Lunch sekali dengan makan malam..
Boleh tidur awal kan.. ^__^


Menu simple aje.. Sup ayam tak nak pedas sebab perut ai belum berapa nak ok, daging goreng yang di order oleh En. Along and sayur yang wajib di order iaitu kailan ikan masin tak nak pedas but yang ini pedas sikit sebab terlupa nak pesan tak nak pedas.. -___-"

Good night kawan-kawan! lagi lama kat sini lagi banyak merapu sampai tak boleh tidur pulak! Haha..  Sweet dream! ^__^

Wassalam..
1:36:00 PM

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

Wassalam..
8:37:00 PM

Pulang... See U In 4 Days Sayang!

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Mood tak nak pulang.. Will miss her so much...


Now.. waiting my Mama masak for dinner.. sebabnya perut ai tak berapa nak sihat.. ceriberi today.. T__T
Sadis betul hari ni.. Salah makan ape entah la semalam.. Sejak jam 5 pagi tadi lagi perut dah meragam.. Just rest today.. Sambil blogging and facebooking.. Heh!

* see u in 4 days sayang! don't notty okeh! *

Wassalam...


GTG.. Dinner is ready...
5:49:00 PM

Karya Seni Si Dia

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Masa ni si dia baru-baru pandai pegang pensel, pen dan yang seangkatan dengannya..





Dah tak boleh nak buat apa.. Onie pun dah malas nak cat baru. Entah bila nak clear kan tak tau la.. Memang cucu kesayangan Onie ni kreatif.. Hampir semua ruang dah penuh dengan hasil karya seni dak kecik ni..



Now dah terasa macam dia nak sekolah pulak. Dah pandai komplen ye. Kita tolong dia warnakan, dia kata tak cantik.. Hahaha.. Dia yang warnakan dia kata cantik. Hmmmm..pandai puji diri sendiri..



Wassalam...

posted from Bloggeroid

11:37:00 AM

Dia Pun Nak Blogging Sama

by , in
Assalamualaikum. Cinta.



Haishhh.. Kacau mummy blogging and berblogwalking ye.. Dah ambil alih lappy kesayangan mummy..

Sudahnya kena pakai phone.. Tak clear and tak feeling nak jenjalan kat alam maya ni..




Wassalam..
posted from Bloggeroid
10:16:00 AM

[Nota] Semanis Kurma : Salin Tikar

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Semanis Kurma : Salin Tikar
TV9

Istilah : 
Apabila seseorang lelaki/suami yang kematian isteri dan kemudiannya mengahwini kakak atau adik iparnya sebagai ganti dikatakan sebagai salin tikar, begitu juga sebaliknya.

Sebab-sebab:
1) Hubungan kekeluargaan/silaturrahim
2) Rupa

- Salin tikar harus jika semua pihak yang terlibat (ibubapa/wali, anak-anak, perempuan/lelaki yang kematian pasangan, pasangan yang ingin dikahwini) bersetuju.
- Sekiranya salah satu pihak tidak bersetuju, maka akan timbul masalah yang lain seperti perkahwinan yang tidak direstui, perkahwinan yang tidak bahagia dan lain-lain.


S: Masyarakat yang pandang serong kepada pasangan salin tikar.
J: Tidak timbul isu pandang serong sekiranya niat pasangan salin tikar ini baik. Pokok pangkalnya terletak kepada niat seseorang itu.


***tak habis nota sebab tak tengok sampai habis.. Hadirah yak and kena mandikan dia.. -__-"

Wassalam...
11:02:00 PM

Double Wedding Today

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Before ke wedding tengahari tadi... of course bergambar sakan dulu la kan...

* Mama - Abah *





First wedding - Dewan KKB


 * the pelamin *

 * the pengantin *

Second wedding - Balai Polis Rasa

 * the pelamin *

 * the pengantin *

Okeh... ni bukan la nak promote ke ape ke kan.. Terjumpa G-Zam Sireh Mempelai punya catering kat second wedding ni.. Actually, catering ni yang ai dapatkan khidmatnya dulu time wedding ai.. Abg Nizam still kenal my family lagi.. terharu okeh ^__^ Hadirah siap dapat special gift lagi dari Abg Nizam..

Dari pelamin, baju nikah and sanding, makan, kanopi, make-up and all of it la ai ambil dengan Abg Nizam and Kak Gee ni.. So, teringat pulak wedding ai tu.. First customer dari KKB tau time tu untuk G-Zam Sireh Mempelai..

Lauk yang paling ai suka, ayam masak merah.. Masakan dia lain dari yang lain.. ^__^ Of course la walaupun dah pi first wedding tadi, still makan lagi ye kat second wedding ni.. -__-" Nasib baik pakai skirt and blouse.. Kalau pakai baju kurung moden ni, tak tau nak sorok perut kat mana.. T__T




Balik dari wedding kat Rasa tu, pi Econsave Batang Kali.. Adik nak beli barang sikit.. Esok dia nak balik Melaka dah..


Si Hadirah ni pun apalagi.. Sibuk jugak la nak beli "egg".. Haisshhh..pengaruh internet ni.. -__-" Bising dia "nak egg..nak egg".. Belikan la sebiji.. Dah la mahal okeh -__- Adehh..

Tau pulak tu "egg".. Rajin sangat tengok rancangan dari luar negara tu yang tunjuk pasal "egg" ni.. Kan ada mainan macam-macam dalam "egg" tu yang dia tengok.. But kat Malaysia ni mana ada mainan yang besar-besar and menarik.. dah bukak "egg" tu tadi entah mana dia letak mainan dia tu entah la.. Kecik sangat and kurang menarik bagi ai..

Dah dapat "egg" ni, mintak lagi coloring book.. Setahu kami semua la kan, Hadirah ni, kalau satu benda yang dia nak, satu tu je la dia ambik.. Ni hari ni tak pulak.. -__-" Sampai dua benda dia rembat.. Siap ingat tu ape benda yang dia punya.. Menangis after dah bayar tu tak cukup dia pegang kiri kanan.. jenuh kena cari pulak "egg" dia dalam plastik.. Mujur la tak letak balik tadi.. Ingatkan tadi ai nak letak balik je "egg" dia tu after bagi coloring book tu..


Wassalam..