Sekembalinya Diri Ini ke Dunia Maya..

Assalamualaikum. Cinta..

Entah kenapa tiba-tiba terasa mahu buat blog baru.. Again.. Even sebenarnya memang dah ada beberapa blog tapi tiada hati lagi untuk teruskannya.. Selalu tiada semangat nak menulis kembali..

Hari ini kembalinya diri ini ke dunia blog.. Secara tiba-tiba teringin sangat nak berblog.. Agaknya sebab kesunyian.. Sunyi dan sepi sudah lama menghantui.. Serasa sejak mula bekerja, sejak itu tiada hati untuk menulis blog dan sunyi pula datang silih berganti..

Blog ini pun tiada jaminan berapa lama ianya boleh bertahan...namun harapannya agar dapat juga bertahan lama.. Maybe tidak akan ada entry for everyday, but hopefully ada juga daripada tiada langsung..(",) 

Oh ya! Blog lama telah deactivated.. Backup pun telah tiada..hilang apabila hardisk dan laptop lama rosak.. Habis semua data-data penting dan tak penting tak dapat dikembalikan.. termasuk la backup untuk blog..

Sememangnya takdir Tuhan apabila hilangnya sesuatu yang disayangi dan diganti pula dengan kecintaan yang baru.. Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment