[Review Filem] Pacific Rim

Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. selamat berbuka.. Maaf la ye.. Sue sempat pi tengok wayang lagi ni.. lama dah tak tengok wayang.. Keji pulak rasanya.. Keji tapi buat jugak.. Adoi.. Apa nak jadi ni.. -__-"


Movie yang sempat Sue tengok adalah Pacific Rim. Cerita ni memang superb. Sebab cerita aksi kan.. Memang best.. cuma tak tahu la kalau tengok 3D lagi best.. Cerita ni baru je release pada 11 Julai 2013 hari tu..

Sedikit sinopsis :

Filem Pacific Rim ini adalah filem genre "Sci-Fi" yang berkisarkan tentang peperangan di antara manusia dan makhluk gergasi yang diberi nama "Kaiju" yang bermaksud makhluk gergasi dalam bahasa Jepun. Dalam filem ini menunjukkan bumi hampir kiamat disebabkan oleh serangan makhluk "Kaiju" ini yang muncul dari sebalik lapisan bumi di bawah lautan pasifik, Pacific Rim. Sama seperti tajuknya.

Demi untuk mempertahankan bumi, seluruh penduduk bumi bekerjasama untuk menentang "Kaiju" ini dengan menciptakan senjata moden iaitu robot yang dikawal oleh manusia yang dipanggil "Jaegers". Robot ini memang besar dan untuk mengawalnya, perlukan minda manusia. Untuk membolehkan Jaegers dikawal dan dipandu dengan baik, Jaegers memerlukan 2 otak manusia yang mempunyai keserasian untuk memudahkan pergerakan Jaegers ini. 

Pada mulanya, mereka berjaya menentang dan memusnahkan Kaiju dari kategori 1, 2, dan 3. Namun apabila berdepan dengan serangan Kaiju kategori 4 yang bertubi-tubi hampir mengalahkan pihak manusia.

Oh ya! sebelum itu, Kaiju ini dikategorikan mengikut angka kerana mengikut saiz dan berat. Semakin besar angka, semakin hebat kuasa, semakin besar saiz, semakin bijak, dan semakin bahaya.

* Kaiju kategori 4 *

Cerita ini bermula apabila serangan pertama Kaiju kategori 4 telah berjaya mengalahkan Jaegers "Gipsy Danger" yang dikawal dan dipandu oleh Raleigh Becket dan Yancy Becket, abangnya. Dalam serangan ini, Yancy Becket telah terkorban dan membuatkan Raleigh Becket menghilangkan diri. Umat manusia pula dalam ketakutan dan kebimbangan hingga mengisyhtiharkan dunia akan kiamat.

Namun pada akhirnya, tatkala umat manusia berada dalam gelombang kekalahan, kemunculan semula Raleigh Becket dan pelatih ranger yang baru, Mako Mori dengan memandu Jaegers lagenda, "Gipsy Danger" telah menerbitkan sedikit harapan untuk memenangi peperangan Kaiju ini.


Pelakon:

Barisan pelakon filem ‘Pacific Rim’ terdiri daripada Charlie Hunnam, Idris Elba, Charlie Day, Rinko Kikuchi, Max Martini, Willem Dafoe, Robert Kazinsky, Clifton Collins Jr., Diego Klattenhoff, Ron Perlman.

Komen :

Secara keseluruhan, filem ini sememangnya menarik untuk ditonton dengan grafik CGI yang tinggi seperti filem Sci-Fi dan animasi yang lain. Jalan ceritanya pula sangat mudah difahami dan sememangnya tersusun. Apa yang menarik hati Sue untuk terus menonton adalah babak-babak di mana babak yang menyentuh perasaan dan kata-kata semangat yang dibangkitkan dan dilontarkan memberi harapan untuk terus hidup ketika peluang untuk hidup itu terlalu tipis. Tidak dinafikan filem ini banyak membuatkan Sue berfikir tentang setiap kata-kata semangat itu. Mengingatkan diri supaya tidak mudah putus asa.

So, kepada peminat filem yang bercirikan aksi, Sci-Fi, dan perang animasi seperti ini digalakkan untuk menonton filem ini.

Rasanya cukuplah setakat ini sahaja review yang Sue boleh bagi. Harap maafkan mana yang terkurang. Mungkin selera kita lain-lain..

Jumpa next review..itupun kalau ada filem menarik untuk ditonton.


Sumber Gambar : FilemWayang.com , Jaszleworks Production , Youtube


update : interframe diri sendiri lagi..haha.. dengan berbaju kurung..jangan pelik ye.. habis meeting ni..

1 comment:

  1. Untuk peminat cerita robot macam saya ni yg memang dari kecik kumpul mainan robot, tengok cerita, dan baca komik robot - filem ni macam satu love letter tau.

    Sangat-sangat best. Dan sangat berbaloi untuk ditonton.

    ReplyDelete