[Oustation] JB - Makan Sampai Pengsan!

Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. selamat sampai ke JB today.. awal jugak sampai JB kali ni.. Selalunya sure sampai dah malam..

* pagi 20 ramadhan *

But pagi tadi hantar En. Along dulu pergi office dia.. Me kena drive ke JB hari ni, so kena la hantar dia dulu sebab transport dia kat office.. Mengantuk pagi-pagi jadi driver.. (walaupun awalnya tak drive, time balik je drive)

Balik rumah packing barang.. haaa.. baru nak packing kan.. macam tu la me ni.. haha.. selalu packing last last minit.. -__-"

Hari ni sampai awal.. dalam jam 4 petang dah sampai.. Sampai sini je, terus roger adik ipar, Fariz and his wife, Nurul a.k.a Yoyo.. ajak pi berbuka sama.. mintak diorang bawak pi makan kat tempat best.. Tanya Kak Izzati, nak bufet ke nasi beriani special.. katanya Beriani Special.. So, on je la.. 

Amat happy sebab sampai awal.. siap boleh krohh krohh lagi sesampainya di hotel.. -__-" apa nak jadi la ni.. tapi tak boleh nak tolak sebab badan letih, suasana bilik pulak sejuk je.. tarik selimut konfem pengsan dah..

Lupa pulak.. bulan puasa kan.. tak berhenti makan.. tu yang sampai awal.. Selalunya berhenti kat R&R pastu makan, solat dan lain-lain.. Campur tolak darab bahagi dah sejam jugak kat situ saje..

So, dekat dekat jam 6 petang tu, Yoyo mesej cakap nak gerak jam 6 petang sebab takut jammed.. apalagi, jadi lipas kudung la sekejap sambil terpinga-pinga sebab baru bangun tidur.. haaa.. ambik! kan dah kelam kabut.. -__-"

Tempat yang En. Fariz and Yoyo bawak ok la jugak.. Sedap.. Kami makan kat 7 Spice Danga Bay

* makan dalam daun pisang - first time for me *

* our menu.. before : penuh table, after : penuh perut *

* coconut milkshake yang sangat sedap! akan termimpi-mimpi malam ni*

Terbaik!! Tq En. Fariz sebab belanja kami.. next time boleh belanja lagi.. Opppsss.. next time datang lagi..

Before pergi tempat berbuka, lalu dalam shopping mall ternampak durian.. bau dia memang menusuk kalbu pastu pasang angan-angan dengan Kak Izzati, balik dari berbuka mau rembat jugak la durian tu.. After that nak makan aiskrim.. Nampak tak nafsu makan yang tak terbendung lagi tu? 
Hah! Finally, after makan.. pandang durian pun dah tak lalu..apatah lagi nak sumbat aiskrim.. hanya mampu jeling je.. salah perut kata Kak Izzati.. durian ke mana, aiskrim ke mana.. -___-"

Kemalasan sedang melanda ketika ini.. masih dalam selimut ketika menaip.. sambil mengambil mood and feel untuk buat kerja.. T__T
ada jugak yang ter'zzzz' ni sat lagi..

Wassalam.. 

No comments:

Post a Comment