Maafkan Aku

Assalamualaikum. Cinta.




Mungkin aku tidak tahu apa salahku. Mungkin juga aku memang tidak menyedari bahawa aku salah kepadamu. Atau mungkin aku memang tidak mengerti tentang apa yang kau inginkan. Tapi aku mohon maaf yang sebesar-besarnya untukmu. Hakikatnya aku masih sayang kamu. Mungkin aku bagaikan seseorang yang dapat melihat semut di lautan, tetapi tidak dapat melihat gajah di depan mata. Maafkanku..

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Bersabarlah wahai hati.. Tabahkanlah demi sebuah kehidupan yang masih jauh perjalanannya..

No comments:

Post a Comment