Kesabaran Diuji

Assalamualaikum. Cinta. 

Di hari Ramadhan ke-7 ini, kesabaran hati teruji..

Al-kisahnya, mata yang layu ini tidak berjaya menahan rasa mengantuk hingga ke petang. Tewas jua di waktu matahari sedang meninggi. Tengahari tadi sempat jua merehatkan minda, hati dan badan di suatu lokasi. Sungguh keji pula rasanya. Namun mata sudah hampir terpejam dan minda tidak dapat berfungsi dengan baiknya.. bahkan hanya merapu apabila menjawab pertanyaan demi pertanyaan.. Salah diri sendiri juga.. Maaf wahai bos! T__T

Hujan lebat di luar langsung tidak disedari. Bingkas bangun dek kerana jam seorang teman berbunyi menandakan waktu rehat telah pun tamat. Solat Zohor pun terhuyung-hayang.. Bingkas bersiap bersama teman tersebut untuk ke office semula. 

Dalam perjalanan, terlanggar seseorang yang tidak dikenali, Yang tahu, perempuan dan bertudung. Ya! Bertudung! Dek kerana hanya kerana terlanggar dan berlaga bahu, perempuan itu menunjukkan rasa tidak puas hati. Puas cuba mengelak dari terlanggar dia sebab dah nampak dia seperti asyik dan kusyuk melihat juadah berbuka puasa yang dijual sepanjang jalan itu. Namun, terlanggar jua. Itu namanya takdir. Tak perlu la menunjukkan muka marah. Salah siapa sebenarnya? Dalam hati ni, rasa nak marah tapi tak terluah dan tiba-tiba rasa kosong jiwa.. Sempat lagi mengingatkan diri sendiri sedang berpuasa dan akhirnya Sue juga yang minta maaf kepadanya sedangkan kalau nak diikutkan dia yang kena minta maaf sebab berjalan tak pandang depan.. Maaf Sue hanya dipandang sepi.. Itu manusia yang tiada adab namanya, bak kata teman di sebelah.

Maaf pada yang terasa..

Semoga esok lebih baik dari hari ini..

2 comments:

  1. hmmm... sib baik la perlanggaran tu tak sampai mencederakan sesiapa... manalah tahu, kalau2 terlanggar sampai tergolek dibuatnya... hmm.. sabar je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan kaki je.. tapi kalau naik kenderaan maunya tergolek.. sabar je kan..

      Delete