Kehidupan Dan Kisah Hati Hawa

Assalamualaikum. Cinta.

Kehidupan adalah suatu yang sukar ditafsirkan. Tiada pernah ada kesudahan. Setiap hari adalah suatu pembaruan. Suatu permulaan…


Manusia bagaikan karakter bernyawa. Memainkan peranan dan watak di pentas dunia. Setiap perkara yang datang hanyalah untuk menduga keimanan insan yang bergelar manusia. Adakah tabah..atau kecundang. Insan ini yang menentukan nasibnya sendiri. Allah swt senantiasa memberikan yang terbaik untuknya. Namun, kekecewaan datangnya dari kesalahan dirinya. Mereka melakonkan setiap watak…setiap babak kehidupan tanpa mereka sedari keadaannya..

Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah Maha Tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa. Hawalah penyeri. Hawalah penghibur. Hawa jua racun berbisa. Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa.

Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa. Lantas dicampakkan ke dunia. Dunia yang penuh kekejaman. Penuh noda. Penuh sengsara. Itulah wanita. Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya. Adam jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa.

Namun, jauh di sudut hati seorang insan bergelar hawa, hatinya mudah disentuh, mudah dilenturkan. Akan tetapi kalian yang bergelar kaum Adam jangan lupa bahawa insan bergelar hawa ini sentiasa ada Allah yang menjaganya, yang mengawasi setiap gerak-geri langkahmu wahai adam, setiap tindak-tandukmu, yang sentiasa memahami jauh dalam hatimu.

Jangan dilafazkan kata ‘suka’ kalau masih terbit rasa belum bersedia. Kalau hanya sekadar untuk ‘suka-suka’, maka tinggalkannya. Soal hati bukanlah suatu permainan di zaman kanak-kanak. Hati yang dimiliki ini juga memiliki kekurangan dan kecacatan.

Bukan harta yang dicari dan bukan rupa yang didambakan. Tetapi akhlak yang soleh, keikhlasan dan kejujuran yang diidamkan. 

Namun andainya cinta hawa yang tidak kesampaian. Sudah cukup Allah baginya. Terasa indah setiap kali bersamaNya. Benar. Cinta Allah, jelas diperlihatkan olehNya. Nikmat hidup, sihat, iman dan Islam, tanda Dia sayang pada kita.

Tetapi cinta manusia, belum tentu jelas terpampang di hadapan mata. Pengorbanan dan kesetiaan seringkali hilang dalam sesuatu perhubungan. Tetapi tidak seperti Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Tidak seperti Yusuf dan Zulaikha. Apatah lagi tidak seperti Nabi Muhammad dan Saidatina Khadijah. Pengorbanan, kesetiaan dan kejujuran sentiasa menghiasi mereka. Sungguh indah Islam mengatur perjalanan hidup mereka.

Ambil lah ini sebagai satu dugaan untuk insan bergelar hawa harungi demi membina hidup yang baru walaupun kamu tidak tahu apa akan terjadi padamu pada esok atau lusa. Percayalah pada takdir Tuhan… ada hikmah di sebalik segala ketentuanNya.

Di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. 

Wassalam..

Salam sayang,
hati Hawa yang merindui Adamnya..

2 comments:

  1. wanita hiasan dunia... seindah hiasan adalah wanita solehah.. yang akan membahagiakan syurga di dalam rumah tangga... ewah... mcm tu la lebih kurang... segagah mana lelaki... dibelakangnya pasti ada sokongan wanita yg menjadi tulang belakangnya... tak kiralah wanita tu sedara dia ke.. mak dia ke.. atau kekasih dia... hmmm....

    ReplyDelete