Kasihan Anak Mummy!

Assalamualaikum. Cinta.




Kesian tengok anak Mummy ni.. Sebelum berbuka petang semalam, sampai saja rumah Oni, Mummy terus meluru tengok anak Mummy yang sorang ni.. Alahai anak.. kesian.. Habis dahi lebam dan hidung calar-calar.. dah la nak raya ni.. Tak comel dah ni.. 

Hari Ramadhan pertama, anak Mummy ni jatuh setelah main berlari-lari ke sana ke sini.. Depan kedai pulak tu.. Itulah.. kan Atuk kata jangan lari..nak lari jugak.. Kan dah jatuh..

Tapi anak Mummy ni kan kuat orangnya.. Menangis sekejap je.. Balik je rumah, main lompat-lompat sana sini.. Lari tetap lari.. Alahai..

Katanya sakit.. mengadu dengan Mummy dan Papa.. tapi tengok gayanya, lari sana sini jugak.. lompat sana-sini.. Anak Mummy..Anak Mummy.. Oni dengan Atuk pulak buka cerita lama.. cerita zaman Mummy kecik-kecik dulu.. Memang kena gelak la dengan Papa Hadirah.. Kata Oni, Mummy Hadirah ni dulu lagi besar belon di dahinya (benjol). Gara-gara terjun tangga rumah nenek kat kampung dulu-dulu.. Nak turun tangga and tangga tu kayu (zaman dulu takda tangga batu lagi dan sampai sekarang masih tangga kayu) ke tingkat bawah, tapi tak guna tangga depan mata.. mungkin dulu ingat boleh jadi superman kot.. terus terjun sampai bawah.. Tak ingat pulak macamana boleh terjun.. Apalagi, belon besar la jawabnya kat dahi.. -___-"

Ok.. itu cerita Mummy Hadirah.. Hope Hadirah tak ikut Mummy la ye jadi superman.. (",)

Every week miss my little princess ni.. Ada saja cerita dia ni.. Hari ni, cerita apa pula yang nak dicoretkan oleh puteri kecil ni..

1 comment: