Hari ke-13 Ramadhan

Assalamualaikum. Cinta.

Do’a Hari Ke-13 Ramadhan ;

Ya Allah, sucikanlah aku di bulan ini dari segala jenis kekotoran, jadikanlah aku di bulan ini sabar menerima setiap ketentuan Mu, dan anugerahkanlah taufik kepadaku di bulan ini untuk meraih takwa dan bersahabat dengan orang - orang yang bijak. Dengan pertolongan Mu, wahai Ketenteraman hati orang - orang miskin.




Alhamdulillah.. di hari ke-13 Ramadhan ini, masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi indah ciptaan Allah swt ini.. Masih sempat menyerap ilmu secara kebetulan.. Perancangan awal cuma mahu bertemu teman lama yang mahu menghantar kad walimatulurus beliau yang akan berlangsung seminggu lepas Aidilfitri nanti.. Dah banyak hari ajakan untuk bertemu terpaksa ditolak kerana banyak meeting di luar yang membuatkan diri ini agak keberatan untuk masuk semula ke office. -.-" Apa-apa pun tahniah darling!

Disebabkan tidak sibuk, maka ambil peluang ke TMCC untuk mendengar sedikit ceramah daripada penceramah yang dijemput. Kalau tak silap, penceramah jemputan tersebut adalah salah seorang daripada tenaga pengajar Imam Muda.. maaf andai tersilap. Gambar pun hanya dari jauh..

Antara pengisiannya, lebih fokus kepada bulan Ramadhan yang mulia ini..
Di sini dilampirkan beberapa input ataupun nota ringkas hasil daripada ceramah siang tadi..

Bulan Ramadhan adalah bulan yang dipenuhi oleh berkat yang berlimpah yang khusus disajikan Allah SWT kepada hambanya yang hendak bertakwa kepadanya. Dimana pada bulan ini akan diberikan kelimpahan rahmat, magfirah serta keampunan. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Awal bulan Ramadhan adalah Rahmah, pertengahannya Maghfirah dan akhirnya Itqun Minan Nar (pembebasan dari api neraka)”.
  • 10 malam Ramadhan yang pertama adalah rahmat - yakni kasih sayang Allah swt kepada setiap hambaNya.
Pada 10 hari pertama bulan Ramadhan Allah SWT memberikan rahmat dan limpahan pahala dari berbagai amalan yang kita lakukan selama puasa. Fasa 10 hari pertama Ramadhan memang merupakan fasa yang berat kerana merupakan fasa peralihan dari kebiasaan corak pemakanan yang normal kepada rasa menahan lapar dan haus bermula dari Subuh hingga Maghrib.

Selain itu bukan hanya tubuh saja yang melakukan perubahan malah pada fasa 10 hari pertama Ramadhan ini pemikiran kita juga sedang berusaha melakukan perubahan atau penyesuaian dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menunaikannya. Oleh sebab itu pada 10 hari pertama Ramadhan ini Allah SWT memberikan keistimewaan dengan membukakan pintu rahmat yang sebesar-besarnya bagi hamba-Nya yang telah sabar dan ikhlas dalam menunaikan puasa selama 10 hari pertama dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
  • 10 malam Ramadhan yang kedua adalah keampunan
Pada fasa kedua atau 10 hari kedua Ramadhan inilah Allah swt membukakan pintu magfirah atau keampunan yang seluas-luasnya.

Pada waktu-waktu inilah saat yang paling tepat dan baik untuk memperbanyakkan doa serta memohon keampunan kepada Allah swt atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan di masa lalu agar diampunkan dan dibebaskan dari hukuman.
  • 10 malam Ramadhan yang terakhir adalah i'tikaf
Pada sepuluh terakhir dibulan ramadhan Rasulullah saw lebih bersungguh sungguh dan memperbanyak dalam beribadah dan beramal. Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Aisyah ra menuturkan


يَجْتَهِدُ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مَا لاَيَجْتَهِدُ فِى غَيْرِه

Bahwasannya Nabi shalllallahu ‘alaihi wasallam bersungguh sungguh (beribadah dan beramal –ed) pada sepuluh hari terakhir di bulan ramadhan yang tidak seperti bersunguh-sungguh dihari lainnya.” (HR. Muslim)

Peningkatan ibadah di sini tidak terbatas pada satu jenis ibadah tertentu saja, namun meliputi semua jenis ibadah baik solat, tilawatul qur`an, zikir, sedekah dan lain-lain.


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر - أي العشر الأخير من رمضان - شد مئزره، وأحيا ليله، وأيقظ أهله . متفق عليه

Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila memasuki 10 terakhir Ramadhan, beliau menguatkan ikatan tali sarungnya (yakni meningkat amalan ibadah baginda), menghidupkan malam-malamnya, dan membangunkan istri-istrinya.” Muttafaqun ‘alaihi

Di antara nikmat  Allah swt terhadap umat Islam, dianugerahkannya kepada mereka satu malam yang mulia dan mempunyai banyak keutamaan. Suatu keutamaan yang tidak pernah didapati pada malam-malam selainnya. Tahukah anda, malam apakah itu? Dia adalah malam “Lailatul Qadr”. Suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sebagaimana firman Allah swt:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ *

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 1-5)


مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيْمَاناًوَاحْتِسَاباً،غُفِرَلَهُ مَاتَقَدَّمُ مِنْ ذَنْبِهِ

Barangsiapa menegakkan solat pada malam Lailatul Qadr atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”. (H.R Al Bukhari no.1768, An Nasa’i no. 2164, Ahmad no. 8222)

Demikian pula Allah swt beritakan bahawa pada malam tersebut para malaikat dan malaikat Jibril turun. Hal ini menunjukkan betapa mulia dan pentingnya malam tersebut, kerana tidaklah para malaikat itu turun kecuali kerana perkara yang besar.



Maaf andai terlalu pendek pengisiannya hingga membuatkan kalian yang membaca kurang memahaminya.. Cara penulisan entri ini tidaklah seperti cara penyampaian Ustaz tadi.. Cara penyampaian ustaz tadi memang sempoi habis.. kadang-kadang tak kering gusi dibuatnya walaupun perkara itu serius jika difikirkan.. namun, walaupun dalam keadaan begitu, ilmunya masih sampai kepada para penonton.. banyak contoh-contoh daripada kisah kaum Ad dan kaum Tsamud, serta kisah kaum Nabi Nuh menjadi teladan, bagaimana Allah swt melaknat kaum-kaum tersebut yang telah membawa keinsafan terhadap diri kita.. 

Sekiranya berpeluang lagi, diharap dapat menyertai program ilmu semacam ini..

Wassalam..
Selamat malam..

2 comments:

  1. Salam perkenalan..perkongsian yang menarik...Alhamdulillah

    http://nikmathidupsihat.blogspot.com/

    ReplyDelete