Cinta dan Rindu

Assalamualaikum. Cinta.

Rindu itu adalah anugerah
Kurniaan dari Tuhan
Setiap insan berhati nurani
Punyai rasa rindu

Cinta dan rindu itu bermula daripada Adam dan Hawa
Dikisahkan Yusuf dan Zulaikha
Diabadikan Shah Jehan dan Mumtaz Shah
Diperikan pula oleh Romeo dan Juliet
Diceritakan Rama dan Sita
Dilakonkan oleh Laila Majnun
Dan kini, kita pula meneruskannya

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta dan rindu sejati
Ibarat tasbih dan benang pengikatnya
Terajud menjadi untaian
yang akan selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia
yang bibirnya basah akan cinta kepada Allah..

#99 Kali Rindu

No comments:

Post a Comment