Cari Baju Raya...But Not Mine!

Assalamualaikum. Cinta.

Entri cari baju raya mode saja kali ni..



Semalam (sabtu) - cari baju raya.. but bukan me punya okeh.. Hadirah punya.. Kalau cari Hadirah punya kena la bawak tuan badannya.. kalau tak, takut tak muat pulak.. nama je 2 tahun lebih tapi kena pakai baju saiz yang besar lagi dari dia ni.. Bambam.. camtu la gayanya..


Letih jugak bawak budak kecik ni.. siap kena bawak stroller walaupun dah besar.. bukan apa.. dia ni sure tak nak berjalan sendiri.. sekejap sekejap je dia nak turun dari stroller tu.. tu pun sebab nak sibuk pilih baju.. So far, semua baju yang kami (me, Mama and En. Along) pilih dia ok.. siap taknak lepas lagi baju tu.. 


Tapi tang kasut tu.. haishhh.. boleh tahan cerewet.. ikut Aunty Yana dia la ni.. mana yang dia berkenan memang dia nak pakai terus.. taknak pakai sandal lama dia tu.. siap campak pastu keluarkan statement, "BUWUK".. hah! dengar tu.. buruk katanya.. -__-"

Ni baru sorang anak.. kalau sederet camni maunya pengsan.. Bila time nak bayar, statement dia, "Diya baya".. Punya la dia tak bagi sesapa usik baju or kasut dia.. puas pujuk dia.. dia nak jugak "baya".. "Dirah ada duit ke nak bayar ni?" "diya baya" itu je la modal dia.. tapi nasib baik sampai kaunter dia sendiri terus letak kat cashier tu..

After setel bayar, merajuk pulak.. adoiyai.. T__T buat scene drama kat situ jugak.. dah la tengah tengah jalan orang.. memang jadi bahan tontonan umum la jawabnya.. airmata Hadirah dah berlinang sambil tunduk buat muka merajuk.. sebabnya dia nak pakai kasut baru tu.. nak tak nak bagi jugak la dia pakai.. Actually tak sedar pun ada orang dok perhati scene drama Hadirah tu.. After that, siap ada orang tegur lagi, "pandainya dia nak melawa.. nak melaram.." Hah! macam sapa la tu kalau tak Aunty Yana dia..

Balik ngam ngam nak berbuka dah.. sempat singgah pasar malam cari sup untuk Abah tapi takde pulak.. agaknya sebab bazaar Ramadhan pun area situ jugak.. Nasib baik satay yang selalu beli sebelum ni masih di tempat lama.. tak susah la nak pcari.. popia basah pesanan En. Along pun tak lupa nak cari tapi tak sedap pulak.. tu pun beli kat bazaar kat sebelah pasar malam tu..

* iklan gigi dalam perjalanan balik *

Sekarang ni budak kecik ni tak tidur lagi.. dari satu cerita kartun ke satu cerita kartun dah ni.. memang lambat lagi la jawabnya.. siap makan merapu-rapu lagi ni malam-maam buta ni.. T__T lapar ke ape ke.. makan nasi tak nak.. payah betul nak bagi makan nasi.. paling kuat pun 3 suap je..

Si Hadirah ni kat sebelah ni siap bernyanyi lagi lagu tema kartun dia.. bila nak tidur ni..? Mami dah berapa kali menguap sambil taip entri ni..

Tak tahan dah ni.. airamat dah kat keliling kelopak mata ni.. maunya terlelap sampai tak ter publish nanti.. sampai sini je la dulu..

nak pi ajak tidur itu pun kalau dia nak..

Wassalam.. Good Night..

No comments:

Post a Comment