Andai Itu Salahku..

Assalamualaikum. Cinta.

Maaf..hanya itu yang mampu kuucapkan di kala hati masih terusik.. Andainya itu salahku..


Aku bukan Saidatina Aisyah r.a. yang cekal dan tabah dalam menempuh cabaran hidup dan dugaan yang mendatang.. Aku juga bukan Saidatina Fatimah az-Zahra r.a. yang mempunyai keperibadian yang mulia dan tinggi hingga menjadi nisa' mubassyarat bil jannah.. Apatah lagi Saidatina Khadijah r.a. yang berkeperibadian indah dan unggul..hingga mampu merawat duka suaminya di saat penurunan al-Haq melalui perantaraan Jibrail a.s. yang menggoncang hati Rasulullah s.a.w..

Aku hanyalah insan biasa..yang lemah hatinya, yang kalah perasaannya, yang longlai dirinya.. Aku hanya mampu menatap kosong sang rembulan, berharap diri adalah sang bintang yang selalu dikau nantikan di penghujung senja..

Hanya kata maaf yang mampu kuungkapkan kerana kekurangan diri ini.. khilafku kerana aku hilang cinta yang kekal abadi.. lalai dengan opera pentas dunia walau kutahu kita hanya pelakon atas pentas dunia ciptaanNya..

Namun saat ini aku ingin mengorak langkah..satu demi satu.. menyusuri kembali detik-detik waktu yang kutinggalkan pergi.. kan ku kutip semula sekeping demi sekeping kenangan yang ada buat peneman perjalanan hidup yang masih panjang ini..

Andai itu salahku, ku mohon kemaafan darimu.. hanya kemaafan dapat memimpin aku kembali menuju haluan hidupku dalam mencari redha Illahi..

Andai itu juga tiada, ibarat orang buta hatinya yang mencari tongkat hidup dalam terang matanya..
Jika ditakdirkan hanya setakat ini sahaja dan tiada lagi kata-kata indah yang dapat diungkap kumohon untuk mengundurkan diri dan menghilang di sebalik terangnya mentari..

Hanya hati aku dan hati kamu yang merasainya..biarlah ia berlalu..tinggalkan kenangan yang pahit menjadi yang terindah..

Mungkin kerana angan dan impianku yang tinggi tak tercapai dek akal membuatkanku sakit terjatuh dan terhempas di bumi yang nyata..

salam sayang,
aku

No comments:

Post a Comment