About Me

Assalamualaikum. Cinta.

Salam Sejahtera/Hi..

Saya Sue Sopian. Boleh panggil Sue or Mummy Sue. Saya mula menulis blog sejak tahun 2007-2008, dengan link : ladymiaka86.blogspot.com. Menulis sekadar untuk suka-suka. Agak banyak entry yang saya hasilkan, dan kebanyakkan tentang kehidupan seharian saya. 

Namun secara tidak sengaja, saya biarkan blog tersebut dalam mode draft sehingga ter"delete"nya blog tersebut. Saya terlupa sebenarnya untuk masukkan balik blog tersebut. Ingatkan boleh masukkan semula tapi selepas 90 hari blog tersebut akan dibuang secara automatik oleh Google. Sayang rasanya ianya tidak dapat dipaparkan semula. Banyak entry berharga di situ. Ramai kawan-kawan maya yang ada dalam blog tersebut. Sedih.. 

Kemudian, pada Julai 2013, saya bertekad untuk membuat blog baru (blog yang sekarang ini). Tema masih sama dengan blog lama iaitu Ceritera Warna Warni Kehidupan. Blog lama dulu pun ada pakai tema ini sebagai tema yang terakhir setelah 3 kali bertukar tema.

Saya lebih suka menggunakan tema ini kerana kehidupan kita tentunya ada bermacam warna.

Saya bukanlah blogger sepenuh masa. Saya masih seorang pekerja yang makan gaji. Menulis di blog ini ketika ada masa terluang. Di sini saya masih belajar tentang selok-belok berblog. Saya juga bukanlah pakar dan masih merangkak-rangkak dalam dunia blogging. 

***maaf atas kekurangan blog ini***

Contact Me 

Email : suesopian.blog@gmail.com
Instagram : @suesopian
Twitter : sue_sopian

Terima kasih.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment