Rapuhnya Diri Saat Ini..

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

* hiasan *

[Oustation] Done For This Time..

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.


Alhamdulillah.. selamat sampai Shah Alam petang tadi.. Agak kepenatan.. need a long rest..


Nothing much to share.. Kami meeting di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.. so far, ok la untuk setelkan part migration untuk Agensi ini.. but start after raya la jawabnya.. tak sempat dah ni..

Yang ni kat bawah ni pulak gift yang kami dapat.. maaf ye pada kawan-kawan seperjuangan yang sepatutnya datang bersama-sama kami tapi disebabkan wrong info yang diserap, maka kami berdua je yang sampai ke sini.. sila tatap je gambar di bawah.. untuk makluman, tak dapat nenas kali ni.. sebijik pun takde apatah lagi sebonet macam tahun lepas.. ^_^


Wassalam..

[Outstation] The Best DimSum Ever

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.


Salam pagi dan selamat bersahur.. me and Kak Izzati selamat sudah bersahur..

Oh ya! Outstation kali ni cuma kami berdua je.. selalunya bertiga.. Kak Ain ada sekali..if part teknikal memang Kak Ain la yang tolong jawabkan.. But today, masak la kami berdua je yang explain and jawabkan dengan customer.. -__-"

Good luck to me and Kak Izzati la today.. siap dah tulis semua benda yang Kak Ain mintak sampaikan..


Haaa..nasib baik time sahur tadi ada jugak dimsum yang Kak Izzati idam-idamkan.. dari semalam dok asyik sebut-sebut.. dapat jugak.. me pun suka jugak dimsum tu.. dulu ingat dimsum ni tak sedap but bila dah rasa kat hotel ni punya, terus jatuh cinta..

#dimsum the best setakat ini kat KSL Hotel & Resort

Okeh.. nak sambung tidur..pagi nanti baru siap-siap nak pi meeting.. -__-" perangai teruk betul kan.. haishhhh...

Wassalam..

[Oustation] JB - Makan Sampai Pengsan!

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. selamat sampai ke JB today.. awal jugak sampai JB kali ni.. Selalunya sure sampai dah malam..

* pagi 20 ramadhan *

But pagi tadi hantar En. Along dulu pergi office dia.. Me kena drive ke JB hari ni, so kena la hantar dia dulu sebab transport dia kat office.. Mengantuk pagi-pagi jadi driver.. (walaupun awalnya tak drive, time balik je drive)

Balik rumah packing barang.. haaa.. baru nak packing kan.. macam tu la me ni.. haha.. selalu packing last last minit.. -__-"

Hari ni sampai awal.. dalam jam 4 petang dah sampai.. Sampai sini je, terus roger adik ipar, Fariz and his wife, Nurul a.k.a Yoyo.. ajak pi berbuka sama.. mintak diorang bawak pi makan kat tempat best.. Tanya Kak Izzati, nak bufet ke nasi beriani special.. katanya Beriani Special.. So, on je la.. 

Amat happy sebab sampai awal.. siap boleh krohh krohh lagi sesampainya di hotel.. -__-" apa nak jadi la ni.. tapi tak boleh nak tolak sebab badan letih, suasana bilik pulak sejuk je.. tarik selimut konfem pengsan dah..

Lupa pulak.. bulan puasa kan.. tak berhenti makan.. tu yang sampai awal.. Selalunya berhenti kat R&R pastu makan, solat dan lain-lain.. Campur tolak darab bahagi dah sejam jugak kat situ saje..

So, dekat dekat jam 6 petang tu, Yoyo mesej cakap nak gerak jam 6 petang sebab takut jammed.. apalagi, jadi lipas kudung la sekejap sambil terpinga-pinga sebab baru bangun tidur.. haaa.. ambik! kan dah kelam kabut.. -__-"

Tempat yang En. Fariz and Yoyo bawak ok la jugak.. Sedap.. Kami makan kat 7 Spice Danga Bay

* makan dalam daun pisang - first time for me *

* our menu.. before : penuh table, after : penuh perut *

* coconut milkshake yang sangat sedap! akan termimpi-mimpi malam ni*

Terbaik!! Tq En. Fariz sebab belanja kami.. next time boleh belanja lagi.. Opppsss.. next time datang lagi..

Before pergi tempat berbuka, lalu dalam shopping mall ternampak durian.. bau dia memang menusuk kalbu pastu pasang angan-angan dengan Kak Izzati, balik dari berbuka mau rembat jugak la durian tu.. After that nak makan aiskrim.. Nampak tak nafsu makan yang tak terbendung lagi tu? 
Hah! Finally, after makan.. pandang durian pun dah tak lalu..apatah lagi nak sumbat aiskrim.. hanya mampu jeling je.. salah perut kata Kak Izzati.. durian ke mana, aiskrim ke mana.. -___-"

Kemalasan sedang melanda ketika ini.. masih dalam selimut ketika menaip.. sambil mengambil mood and feel untuk buat kerja.. T__T
ada jugak yang ter'zzzz' ni sat lagi..

Wassalam.. 

Takdir

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Takdir kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang,
memberi apa yang tidak dirancang,
memaksa kita mengalirkan airmata kesedihan
serta membuatkan kita rasa kehilangan...

Kesian Mr. Kacak..

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Entri ini adalah kesinambungan entri INI.


Cari Baju Raya...But Not Mine!

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Entri cari baju raya mode saja kali ni..



Semalam (sabtu) - cari baju raya.. but bukan me punya okeh.. Hadirah punya.. Kalau cari Hadirah punya kena la bawak tuan badannya.. kalau tak, takut tak muat pulak.. nama je 2 tahun lebih tapi kena pakai baju saiz yang besar lagi dari dia ni.. Bambam.. camtu la gayanya..


Letih jugak bawak budak kecik ni.. siap kena bawak stroller walaupun dah besar.. bukan apa.. dia ni sure tak nak berjalan sendiri.. sekejap sekejap je dia nak turun dari stroller tu.. tu pun sebab nak sibuk pilih baju.. So far, semua baju yang kami (me, Mama and En. Along) pilih dia ok.. siap taknak lepas lagi baju tu.. 


Tapi tang kasut tu.. haishhh.. boleh tahan cerewet.. ikut Aunty Yana dia la ni.. mana yang dia berkenan memang dia nak pakai terus.. taknak pakai sandal lama dia tu.. siap campak pastu keluarkan statement, "BUWUK".. hah! dengar tu.. buruk katanya.. -__-"

Ni baru sorang anak.. kalau sederet camni maunya pengsan.. Bila time nak bayar, statement dia, "Diya baya".. Punya la dia tak bagi sesapa usik baju or kasut dia.. puas pujuk dia.. dia nak jugak "baya".. "Dirah ada duit ke nak bayar ni?" "diya baya" itu je la modal dia.. tapi nasib baik sampai kaunter dia sendiri terus letak kat cashier tu..

After setel bayar, merajuk pulak.. adoiyai.. T__T buat scene drama kat situ jugak.. dah la tengah tengah jalan orang.. memang jadi bahan tontonan umum la jawabnya.. airmata Hadirah dah berlinang sambil tunduk buat muka merajuk.. sebabnya dia nak pakai kasut baru tu.. nak tak nak bagi jugak la dia pakai.. Actually tak sedar pun ada orang dok perhati scene drama Hadirah tu.. After that, siap ada orang tegur lagi, "pandainya dia nak melawa.. nak melaram.." Hah! macam sapa la tu kalau tak Aunty Yana dia..

Balik ngam ngam nak berbuka dah.. sempat singgah pasar malam cari sup untuk Abah tapi takde pulak.. agaknya sebab bazaar Ramadhan pun area situ jugak.. Nasib baik satay yang selalu beli sebelum ni masih di tempat lama.. tak susah la nak pcari.. popia basah pesanan En. Along pun tak lupa nak cari tapi tak sedap pulak.. tu pun beli kat bazaar kat sebelah pasar malam tu..

* iklan gigi dalam perjalanan balik *

Sekarang ni budak kecik ni tak tidur lagi.. dari satu cerita kartun ke satu cerita kartun dah ni.. memang lambat lagi la jawabnya.. siap makan merapu-rapu lagi ni malam-maam buta ni.. T__T lapar ke ape ke.. makan nasi tak nak.. payah betul nak bagi makan nasi.. paling kuat pun 3 suap je..

Si Hadirah ni kat sebelah ni siap bernyanyi lagi lagu tema kartun dia.. bila nak tidur ni..? Mami dah berapa kali menguap sambil taip entri ni..

Tak tahan dah ni.. airamat dah kat keliling kelopak mata ni.. maunya terlelap sampai tak ter publish nanti.. sampai sini je la dulu..

nak pi ajak tidur itu pun kalau dia nak..

Wassalam.. Good Night..

[Outstation] Melaka to KL - Cari Baju Raya Yang Tak Jumpa!

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Baru berkesempatan untuk bercerita..sambil ditemani Hadirah kat sebelah yang kusyuk menonton Elmo's World kesayangan dia tu..

Rabu and Khamis lepas ke Melaka.. seperti biasa, outstation.. if saja-saja nak ke sana memang tak dapat la kan.. Itu pun bertolak agak lambat sebab macam-macam dugaan.. Sudahnya, berbuka dalam kereta.. Makan pulak lambat.. dah 9 lebih..


oh ya! Yana kan kat Melaka.. memang kena angkut dia sekali la.. Kalau taknak angkut dia pun, dia paksa jugak angkut dia.. Haha.. tapi takpe la.. adik seorang ni je yang ada.. So, layan kan je la..

Sampai tersesat-sesat jugak cari kedai makan.. Pastu decide nak makan kat Umbai.. tak pernah pun pergi sana.. So, ikut waze.. berapa kali navigate asyik salah tempat je.. Tu yang lambat sampai sana tu.. Sampai sana, kasi chance kat Adik untuk pilih lauk apa yang dia nak.. Actually Adik dah makan dah sebenarnya.. So, dia kata nak makan lauk.. nampak tak kat situ? harap badan je kecik tapi selera tak hengat!



After makan, sempat lagi buat photoshoot dah malam-malam buta ni.. Adik la ni.. Memang jadi #camcrazy la sekejap.. Lama tak buat kerja giler camni.. dengan baju kurung lagi.. al-maklum la, baru keluar office la aktakan.. terima je la.. -___-"


After makan, check in kat hotel pastu tukar baju, keluar lagi.. -__-" oppss..lupa Adik nak pau kakak dia ni.. mentang-mentang la baru je gaji kan.. Bankrap la kalau bawak dia..

Meriah jugak malam-malam kat Melaka ni.. Memang banyak benda yang jual.. niat hati memang nak cari baju raya tapi dapat penat je.. Bajunya satu pun tak dapat.. lain yang dicari lain yang dibeli.. T__T



Esoknya, after meeting bawak Adik pergi beli barang.. katanya nak beli sikit je and dia ajak pi Tesco.. but at last banyak pulak beli.. Me? hurmmm.. beli la terus barang-barang rumah sikit and barang Hadirah.. dah alang-alang kan..

Huh! sempat lagi si Adik pau kakak dia lagi.. sambil menyelam minum air.. -__-"

After that, me balik KL.. and dengan tak disangka-sangka me ke Jalan TAR.. cari baju raya punya pasal.. sanggup tu.. Tapi sorry! tak drive ye ke sana.. paham paham je la jalan KL macam mana kan.. naik LRT je yang mampu.. Kali ni En. Along sudi temankan me ke sana.. tapi still tak jumpa.. T__T sedih.. ada yang berkenan tapi macam tak kena pulak.. Baru perasan, after 15 Ramadhan baju-baju jadi mahal.. If beli sebelum puasa still boleh dapat kurang and murah lagi.. Rugi pulak tak beli awal.. menyesal pulak rasanya.. Adik and Mama sempat la beli awal.. Me pergi kedai yang sama and tanya berapa harga baju yang sama dengan Mama and Adik beli hari tu, huh! sakit hati! naik harga! tipu betul la.. Buat orang down je.. terus tak jadi beli.. tunggu ada mood baru nak pi cari baju raya tu..

Balik dengan keadaan tak puas hati, lapar, kecewa.. haha.. bengang punya pasal terus tak beli apa-apa.. dapat penat je.. dari Melaka ke KL.. camtu la..

itu la cerita oustation baru-baru ni.. Hurmmm..next week ke Johor pulak.. -___- Tunggu entri Johor pulak la ye..

Wassalam..

Wordless Wednesday #3

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.


Andai Itu Salahku..

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Maaf..hanya itu yang mampu kuucapkan di kala hati masih terusik.. Andainya itu salahku..

Hari ke-13 Ramadhan

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Do’a Hari Ke-13 Ramadhan ;

Ya Allah, sucikanlah aku di bulan ini dari segala jenis kekotoran, jadikanlah aku di bulan ini sabar menerima setiap ketentuan Mu, dan anugerahkanlah taufik kepadaku di bulan ini untuk meraih takwa dan bersahabat dengan orang - orang yang bijak. Dengan pertolongan Mu, wahai Ketenteraman hati orang - orang miskin.

Ceritera Hujung Minggu #1

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Entri yang tertinggal.

Sepi Hatiku, Galau Jiwaku

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

[Review Filem] Pacific Rim

1 comment :
Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. selamat berbuka.. Maaf la ye.. Sue sempat pi tengok wayang lagi ni.. lama dah tak tengok wayang.. Keji pulak rasanya.. Keji tapi buat jugak.. Adoi.. Apa nak jadi ni.. -__-"


Movie yang sempat Sue tengok adalah Pacific Rim. Cerita ni memang superb. Sebab cerita aksi kan.. Memang best.. cuma tak tahu la kalau tengok 3D lagi best.. Cerita ni baru je release pada 11 Julai 2013 hari tu..

Sedikit sinopsis :

Filem Pacific Rim ini adalah filem genre "Sci-Fi" yang berkisarkan tentang peperangan di antara manusia dan makhluk gergasi yang diberi nama "Kaiju" yang bermaksud makhluk gergasi dalam bahasa Jepun. Dalam filem ini menunjukkan bumi hampir kiamat disebabkan oleh serangan makhluk "Kaiju" ini yang muncul dari sebalik lapisan bumi di bawah lautan pasifik, Pacific Rim. Sama seperti tajuknya.

Demi untuk mempertahankan bumi, seluruh penduduk bumi bekerjasama untuk menentang "Kaiju" ini dengan menciptakan senjata moden iaitu robot yang dikawal oleh manusia yang dipanggil "Jaegers". Robot ini memang besar dan untuk mengawalnya, perlukan minda manusia. Untuk membolehkan Jaegers dikawal dan dipandu dengan baik, Jaegers memerlukan 2 otak manusia yang mempunyai keserasian untuk memudahkan pergerakan Jaegers ini. 

Pada mulanya, mereka berjaya menentang dan memusnahkan Kaiju dari kategori 1, 2, dan 3. Namun apabila berdepan dengan serangan Kaiju kategori 4 yang bertubi-tubi hampir mengalahkan pihak manusia.

Oh ya! sebelum itu, Kaiju ini dikategorikan mengikut angka kerana mengikut saiz dan berat. Semakin besar angka, semakin hebat kuasa, semakin besar saiz, semakin bijak, dan semakin bahaya.

* Kaiju kategori 4 *

Cerita ini bermula apabila serangan pertama Kaiju kategori 4 telah berjaya mengalahkan Jaegers "Gipsy Danger" yang dikawal dan dipandu oleh Raleigh Becket dan Yancy Becket, abangnya. Dalam serangan ini, Yancy Becket telah terkorban dan membuatkan Raleigh Becket menghilangkan diri. Umat manusia pula dalam ketakutan dan kebimbangan hingga mengisyhtiharkan dunia akan kiamat.

Namun pada akhirnya, tatkala umat manusia berada dalam gelombang kekalahan, kemunculan semula Raleigh Becket dan pelatih ranger yang baru, Mako Mori dengan memandu Jaegers lagenda, "Gipsy Danger" telah menerbitkan sedikit harapan untuk memenangi peperangan Kaiju ini.


Pelakon:

Barisan pelakon filem ‘Pacific Rim’ terdiri daripada Charlie Hunnam, Idris Elba, Charlie Day, Rinko Kikuchi, Max Martini, Willem Dafoe, Robert Kazinsky, Clifton Collins Jr., Diego Klattenhoff, Ron Perlman.

Komen :

Secara keseluruhan, filem ini sememangnya menarik untuk ditonton dengan grafik CGI yang tinggi seperti filem Sci-Fi dan animasi yang lain. Jalan ceritanya pula sangat mudah difahami dan sememangnya tersusun. Apa yang menarik hati Sue untuk terus menonton adalah babak-babak di mana babak yang menyentuh perasaan dan kata-kata semangat yang dibangkitkan dan dilontarkan memberi harapan untuk terus hidup ketika peluang untuk hidup itu terlalu tipis. Tidak dinafikan filem ini banyak membuatkan Sue berfikir tentang setiap kata-kata semangat itu. Mengingatkan diri supaya tidak mudah putus asa.

So, kepada peminat filem yang bercirikan aksi, Sci-Fi, dan perang animasi seperti ini digalakkan untuk menonton filem ini.

Rasanya cukuplah setakat ini sahaja review yang Sue boleh bagi. Harap maafkan mana yang terkurang. Mungkin selera kita lain-lain..

Jumpa next review..itupun kalau ada filem menarik untuk ditonton.


Sumber Gambar : FilemWayang.com , Jaszleworks Production , Youtube


update : interframe diri sendiri lagi..haha.. dengan berbaju kurung..jangan pelik ye.. habis meeting ni..

Alhamdulillah.. 8 Ramadhan Telah Berlalu..

1 comment :
Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. syukur kepadaMu hari ke-8 Ramadhan masih gagah dilalui dengan jayanya..

Roh Yang Kembali Di Bulan Ramadhan

4 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Maafkan Aku

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.


Kesabaran Diuji

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta. 

Di hari Ramadhan ke-7 ini, kesabaran hati teruji..

Lucky Giveaway By Jaja

3 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Bertahun dah tak join GA dan yang seangkatan dengannya.. Dulu tersangat la rajin.. So, my first lucky GA since tuan punya tanah dah jemput untuk join..

Kasihan Anak Mummy!

1 comment :
Assalamualaikum. Cinta.


Kehidupan Dan Kisah Hati Hawa

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Kehidupan adalah suatu yang sukar ditafsirkan. Tiada pernah ada kesudahan. Setiap hari adalah suatu pembaruan. Suatu permulaan…

Wordless Wednesday #2

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.


Salam Ramadhan 10 Julai 2013 (1 Ramadhan 1434)

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. bertemu kembali kita dengan Ramadhan Al-Mubarak..

Out Of Office : Training Part #1

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Mode today : in training..

Wordless Wednesday #1

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.


Kecintaanku

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

 

Cinta dan Rindu

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Rindu itu adalah anugerah
Kurniaan dari Tuhan
Setiap insan berhati nurani
Punyai rasa rindu

Cinta dan rindu itu bermula daripada Adam dan Hawa
Dikisahkan Yusuf dan Zulaikha
Diabadikan Shah Jehan dan Mumtaz Shah
Diperikan pula oleh Romeo dan Juliet
Diceritakan Rama dan Sita
Dilakonkan oleh Laila Majnun
Dan kini, kita pula meneruskannya

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta dan rindu sejati
Ibarat tasbih dan benang pengikatnya
Terajud menjadi untaian
yang akan selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia
yang bibirnya basah akan cinta kepada Allah..

#99 Kali Rindu

Masa Depan Itu Milik Allah

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Masa depan itu milik Allah swt
Kita tidak tahu apa-apa pun

Aku atau kamu tidak tahu pun apa yang akan terjadi sekejap lagi.
Percayalah.
Allah tidak akan membiarkan kita sekelip mata.
Sedangkan permintaan iblis yang paling ingkar pun Allah makbulkan.
Apatah lagi kita hamba yang kekurangan ini.


#7 Petala Cinta

Perjalanan Hari Pertama 1 Julai 2013

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Lunch di Balifeel. Mujur ada sahabat yang sudi bawa ke sana walaupun agak lewat.. Happy..

About Me

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Salam Sejahtera/Hi..

Saya Sue Sopian. Boleh panggil Sue or Mummy Sue. Saya mula menulis blog sejak tahun 2007-2008, dengan link : ladymiaka86.blogspot.com. Menulis sekadar untuk suka-suka. Agak banyak entry yang saya hasilkan, dan kebanyakkan tentang kehidupan seharian saya. 

Namun secara tidak sengaja, saya biarkan blog tersebut dalam mode draft sehingga ter"delete"nya blog tersebut. Saya terlupa sebenarnya untuk masukkan balik blog tersebut. Ingatkan boleh masukkan semula tapi selepas 90 hari blog tersebut akan dibuang secara automatik oleh Google. Sayang rasanya ianya tidak dapat dipaparkan semula. Banyak entry berharga di situ. Ramai kawan-kawan maya yang ada dalam blog tersebut. Sedih.. 

Kemudian, pada Julai 2013, saya bertekad untuk membuat blog baru (blog yang sekarang ini). Tema masih sama dengan blog lama iaitu Ceritera Warna Warni Kehidupan. Blog lama dulu pun ada pakai tema ini sebagai tema yang terakhir setelah 3 kali bertukar tema.

Saya lebih suka menggunakan tema ini kerana kehidupan kita tentunya ada bermacam warna.

Saya bukanlah blogger sepenuh masa. Saya masih seorang pekerja yang makan gaji. Menulis di blog ini ketika ada masa terluang. Di sini saya masih belajar tentang selok-belok berblog. Saya juga bukanlah pakar dan masih merangkak-rangkak dalam dunia blogging. 

***maaf atas kekurangan blog ini***

Contact Me 

Email : suesopian.blog@gmail.com
Instagram : @suesopian
Twitter : sue_sopian

Terima kasih.


Wassalam.

Sekembalinya Diri Ini ke Dunia Maya..

No comments :
Assalamualaikum. Cinta..

Entah kenapa tiba-tiba terasa mahu buat blog baru.. Again.. Even sebenarnya memang dah ada beberapa blog tapi tiada hati lagi untuk teruskannya.. Selalu tiada semangat nak menulis kembali..