Salam Aidilfitri 2012..

No comments :
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera;

Di kesempatan ini, Sue ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua blog-walker, rakan-rakan blog & juga semua yang mengunjungi blog ini..

Semoga Aidilfitri ini membawa makna yang lebih baik kepada kalian..

Oh ye! Mesti semua orang sedang sibuk buat persiapan terakhir untuk Aidilfitri yang bakal menjelang esok hari.. Hari ni pun last day kita berpuasa.. Terasa sekejap je masa berlalu kan.. 

Tahun ni Sue beraya di Tepeng dulu.. after sembahyang raya baru balik Kuale Kangsor.. Tak sabar nak tengok Hadirah pakai baju kurung.. Mesti comel & bulat je nanti.. Ni pun baru siap gosok baju Hadirah.. Baju kurung je dah 3 pasang.. belum kira baju yang lain-lain lagi.. raya sakan la tahun ni.. Alhamdulillah..syukur.. rezeki Allah swt tu tak pernah putus sejak akhir-akhir ni.. Ini la yang dikatakan rezeki anak..

Tahun ni dah start la bagi duet raya pelak.. Selalunya terima duet raya je.. Hehe.. kita share share la rezeki yang telah dikurniakan kepada kita & bersedekah la sekiranya ada lebih..

Hadirah la yang paling untung ni.. belum raya pun dah start kutip duet raya.. Untung jadi Hadirah ni.. Heheheee..

Apa-apa pun semoga kalian selamat kembali ke kampung masing-masing dan semoga kalian sentiasa dideri rahmat oleh Allah swt..

Salam Aidilfitri..