Pemergian Baby Karl Iskandar... Semoga Rohmu Tenang Di Sana Wahai Sayang..

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..

Sesungguhnya dariNya kita datang dan kepadaNya jua kita pergi..

Al-fatihah buat baby Karl Iskandar.. Bagai nak luruh jantung apabila mendengarkan khabar berita sedih ini awal pagi semalam.. Sungguh tidak disangka, pertemuan kita hanya sekejap cuma.. Masih terbayang-bayang wajahmu wahai anak.. Entri tentang dirimu juga belum habis dikarang kerana hajat dihati ini ingin menemuimu untuk memberikan sesuatu kepadamu.. Namun, tidak diduga, hajat hati ini tidak kesampaian... Yang tinggal hanyalah kenang-kenangan..

Inilah dugaan yang paling berat ditanggung oleh kedua ibubapamu di awal Ramadhan yang mulia ini.. Sesungguhnya rahsia Allah s.w.t. itu amatlah besar.. Sesuatu yang tidak diduga berlaku di depan mata terjadi jua.. Namun Mummy Sue tahu kamu akan menunggu ibubapamu di pintu syurga..

Sahabat-sahabatku sekalian, marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan rohnya.. Al-fatihah..


Untuk makluman semua, Mummy Sue ada menulis entry tentang arwah Karl Iskandar beberapa bulan yang lepas. Jika masih ingat lagi Mummy Sue pernah mengkhabarkan berita gembira di pagi Jummat yang diterima beberapa bulan yang lepas.. (SINI --> Berita Baik Di Pagi Jumaat... Dapat Baby Boy!!!) 

Mummy Sue juga ada mempamerkan wajah-wajah arwah.. Itu la gambar-gambar terakhir yang Mummy Sue ada.. (SINI --> Diari Semalam #4)

Di blog AZWANY RAZAK ni pun ada lagi gambar-gamabar baru yang sempat diambil sebelum arwah meninggal.. Info yang Mummy Sue dapat, arwah meninggal setelah jatuh di rumah pengasuhnya..



Tidak mengapalah.. Semoga rohmu dicucuri rahmatNya dan tenang di sana wahai anak..


Wassalam...

No comments:

Post a Comment