10:17:00 PM

Kesepian Yang Tiada Zahirnya

by , in
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera;

Rasanya dah lama tak menulis kat sini.. Blog ni hampir-hampir dilupai.. Banyak yang telah ditinggalkan.. Lama dah tak blog-walking dan menjenguk kawan-kawan dan blogger-blogger favourite Sue.. Maaf ye kawan-kawan sekalian..

Kerja baru ni, masih lagi dalam peringkat penyesuaian diri. Bukannya apa, komitmen tinggi sangat-sangat diperlukan dalam keadaan kritikal sekarang ni.. Kadang-kadang rasa tak best pulak kerja bertungkus-lumus sampai rasa diri terbiar.. Tapi kalau tak kerja, mana nak cari duit nak support En. Along yang sedang menanggung family kami ni.. Hadirah pun semakin membesar.. Memerlukan duit.. Memang la orang kata "DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA" tetapi kita kena ingat, zaman sekarang ni "SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT".. Itu yang Sue pegang sekarang ni..

Alhamdulillah.. Sue bersyukur kerana Sue dah dapat capai beberapa impian Sue... Kalau nak tahu apa impian Sue boleh tengok checklist dalam blog ni..

Minggu ni Sue outstation ke Kedah & Perlis.. Memang pack sangat jadual sekarang ni.. Tu pun baru je balik dari Johor last week... Penat sangat-sangat..

Ni pun sebab free sikit kat sini, dapat la jugak update blog.. Tetiba rasa teringin nak update..

Oppss.. sebelum tu, sedar tak sedar tak lama lagi kita dah nak berpuasa.. Sekejapnya masa berlalu. Tahun lepas, Sue berpuasa dengan rakan-rakan baru di Melaka kerana program SL1M under TM. Tahun ni hopefully dapat berpuasa dan berbuka bersama En. Along dan family kami..Nak outstation pun macam malas je tapi nak buat macamana.. makan gaji begini la hidupnya..

Hadirah pun sihat-sihat je.. Nanti Sue akan share cerita Hadirah ye.. Banyak ni nak cerita..


Wasalam..
Hope tak sepi lagi..