10:10:00 PM

All I Ever Wanted..

by , in
Assalamualaikum...

Sekarang ni we all dalam proses pindah rumah baru.. Okey..penat~~~ Banyak jugak barang.. rasanya move in first time ke rumah sekarang ni tak la seteruk ni.. Memang pakai angkut dengan kereta je pun.. Sekarang ni kena angkut pakai lori nih..

10:12:00 PM

Salam Aidilfitri 2012..

by , in
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera;

Di kesempatan ini, Sue ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua blog-walker, rakan-rakan blog & juga semua yang mengunjungi blog ini..

Semoga Aidilfitri ini membawa makna yang lebih baik kepada kalian..

Oh ye! Mesti semua orang sedang sibuk buat persiapan terakhir untuk Aidilfitri yang bakal menjelang esok hari.. Hari ni pun last day kita berpuasa.. Terasa sekejap je masa berlalu kan.. 

Tahun ni Sue beraya di Tepeng dulu.. after sembahyang raya baru balik Kuale Kangsor.. Tak sabar nak tengok Hadirah pakai baju kurung.. Mesti comel & bulat je nanti.. Ni pun baru siap gosok baju Hadirah.. Baju kurung je dah 3 pasang.. belum kira baju yang lain-lain lagi.. raya sakan la tahun ni.. Alhamdulillah..syukur.. rezeki Allah swt tu tak pernah putus sejak akhir-akhir ni.. Ini la yang dikatakan rezeki anak..

Tahun ni dah start la bagi duet raya pelak.. Selalunya terima duet raya je.. Hehe.. kita share share la rezeki yang telah dikurniakan kepada kita & bersedekah la sekiranya ada lebih..

Hadirah la yang paling untung ni.. belum raya pun dah start kutip duet raya.. Untung jadi Hadirah ni.. Heheheee..

Apa-apa pun semoga kalian selamat kembali ke kampung masing-masing dan semoga kalian sentiasa dideri rahmat oleh Allah swt..

Salam Aidilfitri..

10:17:00 PM

Kesepian Yang Tiada Zahirnya

by , in
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera;

Rasanya dah lama tak menulis kat sini.. Blog ni hampir-hampir dilupai.. Banyak yang telah ditinggalkan.. Lama dah tak blog-walking dan menjenguk kawan-kawan dan blogger-blogger favourite Sue.. Maaf ye kawan-kawan sekalian..

Kerja baru ni, masih lagi dalam peringkat penyesuaian diri. Bukannya apa, komitmen tinggi sangat-sangat diperlukan dalam keadaan kritikal sekarang ni.. Kadang-kadang rasa tak best pulak kerja bertungkus-lumus sampai rasa diri terbiar.. Tapi kalau tak kerja, mana nak cari duit nak support En. Along yang sedang menanggung family kami ni.. Hadirah pun semakin membesar.. Memerlukan duit.. Memang la orang kata "DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA" tetapi kita kena ingat, zaman sekarang ni "SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT".. Itu yang Sue pegang sekarang ni..

Alhamdulillah.. Sue bersyukur kerana Sue dah dapat capai beberapa impian Sue... Kalau nak tahu apa impian Sue boleh tengok checklist dalam blog ni..

Minggu ni Sue outstation ke Kedah & Perlis.. Memang pack sangat jadual sekarang ni.. Tu pun baru je balik dari Johor last week... Penat sangat-sangat..

Ni pun sebab free sikit kat sini, dapat la jugak update blog.. Tetiba rasa teringin nak update..

Oppss.. sebelum tu, sedar tak sedar tak lama lagi kita dah nak berpuasa.. Sekejapnya masa berlalu. Tahun lepas, Sue berpuasa dengan rakan-rakan baru di Melaka kerana program SL1M under TM. Tahun ni hopefully dapat berpuasa dan berbuka bersama En. Along dan family kami..Nak outstation pun macam malas je tapi nak buat macamana.. makan gaji begini la hidupnya..

Hadirah pun sihat-sihat je.. Nanti Sue akan share cerita Hadirah ye.. Banyak ni nak cerita..


Wasalam..
Hope tak sepi lagi..
10:19:00 PM

Kembar + Baby Sorang Lagi???

by , in
Assalamualaikum..


Hehe..nak berangan dulu boleh tak??? Tengah makan kat fastfood ni.. Tiba-tiba ada customer ni, ada anak kembar dalam umur 2 or 3 tahun plus baby dalam umur 3 or 4 month masuk dalam restaurant ni.. Wow..senyum sorang-sorang la saya.. Rezeki orang kan.. Best je tengok orang ramai anak.. Haha..teringin pulak..


Hadirah?? Agak-agak dia mesti jeles nanti kalau ada adik.. Yela..dia kan anak manja kan..


Wasalam..nak balik dah ni.. See in next entry..


Published with Blogger-droid v2.0.4
10:22:00 PM

Cuti Weekend Lepas

by , in
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..

Lama dah tak update.. Banyak yang nak diceritakan.. Tapi kekangan masa yang terlampau menyebabkan mood menulis tu menurun.. Bila dah penat, mula la malas nak bukak lappy lagi..dah seharian ngadap lappy..

Oh ye..weekend baru-baru ni we all balik kuale a.k.a. KUALA KANGSAR.. Tengok Atok Sue yang tak sihat..hopefully dia akan sembuh seperti sediakala..


Boleh la tengok muka budak comei tu beraksi dengan Papa dia.. Anak manja Papa la katakan.. Jeles tau sebab dia taknak pon berkepit dengan Mummy dia ni haa.. Manja sungguh dengan Papa dia.. Tak boleh ditegur sikit kelakuan dia tu..mula la nak nangis..

Jalan dah laju dah tapi kalau ada Papa dia, si Hadirah ni taknak berjalan.. Berdukung je.. Nak gi mana-mana dia tunjuk je..

Si Cik Yana ni pulak, konon terror sangat la buang sabut kelapa..baru nak belajar la tu..


Ok la.. Sambung nanti.. Kalau free boleh update lg.. Hehe.. Ni pun tak ramai sangat kat office..mana entah.. Kerja pun tak berapa nak ada ni... Heaven pulak rasa..haha..

Ok..ok..stop..


See ya..

Published with Blogger-droid v2.0.4