6:32:00 PM

Mengubah Cara Berfikir Untuk Meningkatkan Potensi Diri - Nak Ubah Hidup 2020 (#NUH2020)

by , in
Assalamualaikum.

Hai korang!
Seminggu, dua minggu lepas masa semua orang sedang sibuk bercuti ke kampung, dan sebagainya kerana cuti perayaan Tahun Baru Cina, Kaklong dan beberapa orang rakan blogger yang lain telah diberi peluang untuk menyertai program Nak Ubah Hidup 2020. 

Ok.. Ini bukan pertama kali ye Kaklong hadir, tapi kali ini aura dia semacam. Fuhhh.. memang betul lain macam tau! 3 hari berturut-turut Kaklong tak missed hadir. Seawal pagi sesudah subuh Kaklong sudah bergerak menuju ke lokasi NUH 2020 iaitu di Setia City Convention Centre kerana nak meredah lautan 13 ribu manusia ini bukannya mudah. Begitu jugalah perjalanan hidup kita. Penuh onak ranjau berduri - macam itulah perjalanan nak sampai ke sini, namun alhamdulillah akhirnya berjaya sampai juga untuk 3 hari berturut-turut.


Program ini bukan terhad kepada mereka yang ada bisnes saja tau.. Macam Kaklong sekarang ni, masih belum ada apa-apa bisnes tapi tetap ingin join program sebegini. Kaklong nak tingkatkan lagi potensi diri dalam merenangi arus kerjaya Kaklong sekarang ini.

PROGRAM NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020

Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.


Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam.

Gagal Tanpa Ilmu Yang Betul

Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, pihak Richworks dapat melihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.

Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Bantuan dan Bimbingan

Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.

Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain.

Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasa-biasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.

Kisah Kejayaan

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!

mustahil kita miskin jika kita berTuhankan Yang Maha Kaya

Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.



Impian Kaklong mulanya tak banyak mana. Bila nak senaraikan 10 impian pun mula-mula dah ketar tangan - tak tahu nak mula dari mana. Eh, mana satu dulu ni, mana satu yang penting ni.. Tapi apabila mendengar nasihat dan panduan yang diberikan oleh Dr. Azizan dah mula nampak cahaya. Terus banyak idea datang secara tiba-tiba.. "Hidup hanya sekali, kalau dah hidup 20, 30, 40 tahun, dah berapa orang yang menerima manfaat dari kita? Atau kita masih pentingkan diri sendiri?" ~ aduhhh.. tertusuk tajam terus menikam hati.

#NUH2020 merupakan suatu permulaan Tahun 2020 yang baik. InshaaAllah.. manfaatkan ilmu yang diberi untuk manfaat orang lain juga. Moga impian Kaklong tercapai kesemuanya. InshaaAllah.

Sesungguhnya Allah mengikut sangkaan hambaNYA. 

DAFTAR SINI UNTUK PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2020


Twitter : Azizan Official
Youtube : Azizan Osman


Email: inquiries@richworks.com.my
Hotline : 1-300-88-2424

Ceritera,
Sue Sopian
7:35:00 AM

Rinching Terrrace; Lokasi Majlis Perkahwinan Ideal Buat Raja Sehari

by , in
Assalamualaikum.

Hi readers!

Kali ini Kaklong Sue nak share satu lagi tempat paling ideal dan menarik untuk dijadikan lokasi majlis perkahwinan yang eksklusif.


Terletak di sebuah lokasi persendirian yang eksklusif, RINCHING TERRACE merupakan lokasi untuk majlis perkahwinan yang berlatarbelakangkan rekaan taman hidup dan lanskap alam semulajadi. Persekitaran yang tenang, damai dan selesa serta pemandangan yang mengujakan pasti menarik perhatian para pengunjung dan tetamu yang hadir di sini.

Rinching Terrace ada menyediakan 3 lokasi utama untuk korang pilih salah satu atau ketiga-tiganya sekali, iaitu Rinching Terrace Glass House, Khemah Agam (Marquee Tent) dan Taman Terbuka (Garden).

Rinching Terrace Glass House 

Glass House merupakan sebuah banglo dua tingkat berdinding kaca yang berfungsi sebagai dewan utama dan mampu memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis. Uniknya banglo ini ialah ia kelihatan seperti satu tingkat dari pandangan hadapan tetapi jika korang pandang dari sisi belakangnya, sebenarnya banglo ini mempunyai tingkat bawah yang menghadap taman.



* contoh ruangan makan untuk para tetamu *


* contoh ruangan makan beradap *

Dari segi konsep interior, Glass House menampilkan dekorasi ringkas dan moden. Lampu chandelier bulat diletakkan di ruang tengah bagi memberikan kesan mewah dan diimbangi dengan penataan lampu-lampu LED yang ringkas di seluruh silingnya.

Melangkah masuk ke dalam Glass House ini para tetamu akan terpegun dengan keindahan hiasan pelamin yang berlatarbelakangkan lanskap semulajadi. Pelamin yang tersedia mengikut pakej yang ditawarkan dengan beberapa pilihan rekaan. Bagi yang memilih pakej platinum, pelamin ini boleh diubahsuai rekaannya mengikut cita rasa tersendiri.



Rinching Terrace Glass House juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan bunyi untuk memberikan kesan lebih dramatik dan berprestij.

Terlindung di bahagian bawah banglo ini ialah dua buah bilik iaitu bilik pengantin dan bilik rehat. Bilik pengantin yang luas dan selesa dilengkapi dengan kabinet baju, meja solek, katil, penghawa dingin dan bilik air.

Manakala bilik rehat yang selesa disediakan untuk keluarga pengantin atau keluarga pihak sebelah yang datang bertandang. Bilik ini lengkap dengan sofa, kabinet, meja sisi, karpet dan penghawa dingin. Terdapat juga tandas lelaki dan perempuan serta kemudahan surau untuk para tetamu di bahagian ini.

Khemah Agam (Marquee Tent) 

Khemah agam terletak di sebelah kiri Glass House dan bertentangan dengan Taman Terbuka. Khemah ini dikhaskan untuk para tetamu menikmati juadah yang disediakan sewaktu majlis berlangsung dan mampu memuatkan 400 tetamu dalam satu masa.

Secara umumnya, majlis akan berlangsung serentak iaitu di dalam khemah untuk para tetamu dan Glass House untuk acara makan beradap dan majlis persandingan mempelai. Tetamu yang selesai menikmati hidangan dan ingin menyaksikan pengantin bersanding bolehlah singgah di Glass House.

Walaubagaimanapun, sekiranya korang teringin bersanding di khemah agam, ianya tidak menjadi halangan. Sebarang pengubahsuaian pakej boleh dibincangkan dengan pihak Rinching Terrace.


Taman Terbuka (Garden) 

Terletak di bahagian belakang khemah dan Glass House, taman terbuka ini memberikan impak suasana persis alam hijau nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk majlis perkahwinan atau sebarang acara keraian.

Ruang taman terbuka ini mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis. Korang boleh mengadakan majlis korang tanpa mengira waktu - siang atau malam. Lebih indah bila dipasang 'fairylights' dan kanopi lut sinar.


Turut disediakan ialah sebuah binaan pentas kekal sebagai tapak pelamin atau untuk acara sosial.

Bukan itu  sahaja, korang juga akan dihiburkan dengan kicauan unggas, desiran pancuran air nan lunak, dan angin sepoi-sepoi bahasa yang memberikan rasa segar, damai, nyaman, tenang dan bahagia.



Lanskap Semulajadi

Rinching Terrace merupakan kawasan yang dibangunkan dari tanah yang terbiar kosong sejak 2018 dan kini sudah dipenuhi dengan landskap rumput asli nan menghijau dan pohon-pohon renik serta dihiasi dengan pokok-pokok tua berusia ratusan tahun. Antara pokok yang ditanam ialah pokok kemuning (orange jessamine) yang berusia lebih 100 tahun dan pokok 'treeman'. Di samping itu terdapat juga pancuran air untuk menambah kesan dramatik dan irama alam semulajadi.

Pastinya landskap tanah bertingkat dan bercerun yang ditawarkan ini tidak terdapat di mana-mana lokasi perkahwinan di Malaysia. Kesemua landskap ini dijangka siap sepenuhnya hujung Disember ini dan sudah bersedia untuk menerima tetamu mulai awal bulan Januari 2020.

Landskap yang memukau ini mampu memberikan korang ketenangan fikiran setelah saban hari berhadapan dengan kesibukan kota dan pencemaran udara. Berada di sini akan memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup korang.


Terletak di lokasi paling strategik antara Bangi dan Kajang, Rinching Terrace Wedding dan Events (Rinching Terrace) merupakan lokasi terbaru yang mempesonakan sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan eksklusif atau sebarang acara sosial dan korporat. Rinching Terrace dihubungkan dengan Lebuh Raya Utara Selatan iaitu keluar melalui tol Bandar Mahkota, Bangi dan hanya 10 minit memandu dari Bangi Golf Resort.

Hak Eksklusif

Seluruh kawasan ini adalah eksklusif kepunyaan korang pada hari berkenaan dan korang tidak perlu berkongsi dengan tetamu lain kerana hanya ada satu majlis saja pada satu masa yang mana korang tidak perlu risau tentang keselesaan atau keselamatan korang kerana yang hadir hanya keluarga, saudara mara dan tetamu korang sahaja.

Kemudahan di kawasan sekitar juga tidak kurang hebat. Korang boleh menikmati pelbagai makanan enak di bandar Bangi. Terdapat banyak hotel butik yang jaraknya hanya sekitar 5 minit memandu dari Rinching Terrace.


Tawar Pakej Lengkap dan Menarik 

Rinching Terrace merupakan pusat sehenti perkahwinan dengan menawarkan pakej lengkap yang terdiri dari lokasi, katerer, pelamin, persalinan pengantin dan fotografi. Dengan erti kata lain, korang tidak perlu bersusah payah untuk mencari pakej yang terbaik kerana semuanya telah tersedia untuk korang. Tinggal nak pilih yang mana satu yang berkenan di hati saja.

Rinching Terrace telah menyediakan tiga pakej istimewa yang berpatutan untuk para pelanggan iaitu:-

1. Pakej Silver - Marquee Tent Only RM38,800 untuk 1000 tetamu

2. Pakej Gold - Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM44,800 untuk 1000 tetamu

3. Pakej Platinum - Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM51,800 untuk 1000 tetamu

Sempena majlis pra pelancaran, Rinching Terrace telah menyediakan promosi eksklusif iaitu diskaun hampir RM10,000 jika korang membuat tempahan pada pada hari ini. Bermula hari ini juga, Rinching Terrace telah bersedia untuk menerima tempahan mulai Januari 2020 dan seterusnya.

Untuk makluman, Rinching Terrace hanya bekerjasama dengan rakan niaga yang terbaik sahaja di dalam industri perkahwinan dan pengurusan acara ini. Bagi memastikan urusan majlis korang terjamin, Rinching Terrace telah melantik tiga rakan rasmi eksklusif iaitu Afkar (afkar_katering), Miezipro (miezipro) dan SASES (sases.official).

* rakan kerjasama Rinching Terrace *

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan pihak Rinching Terrace seperti berikut;-
Riching Terrace Riching Hilir,
43500 Kajang, Selangor
Tel: 019 390 8527
Email: rinchingterrace@gmail.com

Waze: Rinching Terrace Wedding and Events

Rinching Terrace Wedding (Rinching Terrace) juga sesuai untuk sebarang acara majlis samada keraian keluarga mahupun majlis korporat dan sebagainya.



Jom LIKE dan FOLLOW mereka di sosial media berikut :

Facebook:
https://www.facebook.com/Rinching-Terrace-Weddings-Events

Instagram :
https://www.instagram.com/rinching.terrace/

#rinchingterrace #rtwedding #rtglasshouse #rtgardenwedding

Ceritera,
Sue Sopian
8:00:00 AM

Jom Bertukar Pilihan Kepada Gula Better Brown CSR

by , in
Assalamualaikum.
Hi readers!

Kebiasaannya di rumah kita menggunakan gula putih sebagai bahan tambahan pemanis dalam masakan atau minuman. Sejak dari dulu lagi amalan gaya hidup kita sudah dibiasakan dengan gula putih dalam minuman dan makanan, namun tahukah korang bahawa gula putih ini  tidak elok diamalkan selalu. Sekarang ini juga  kita dapat lihat banyak kempen-kempen yang mengajak orang ramai mengurangkan penggunaan gula terutama sekali gula putih dilaksanakan di seluruh negara bagi menyuntik kesedaran akan bahayanya penggunaan gula secara berlebihan terhadap tubuh badan kita.


Baru-baru ni Kaklong berpeluang menghadiri majlis demo masakan bersama Chef Brian dengan mengunakan bahan asas dari CSR Better Brown Sugar atau Gula Perang. Haishhhh.. siapa yang tak teruja dan seronok kan bila dapat peluang belajar benda baru; dipandu oleh Masterchef Malaysia pula tu.

Pada hari tersebut kami semua telah memasak tiga resepi dari Chef Brian dan antara bahan utamanya adalah CSR Better Brown Sugar. Setiap masakan yang kami masak akan ada Gula Perang ni. Menu pertama ialah Brownies Parfait with Caramelized Brown Sugar, kedua Brown Sugar Roasted Sweet Potatoes dan akhir sekali Brown Sugar Balsamic Glazed Chicken.

Resepi ketiga-tiga menu ini nanti Kaklong share ye. Bila dah try sendiri masukkan Better Brown Sugar ni dalam masakan rasanya tak terlampau manis dan tak ada bau macam sesetengah Gula Perang yang lain. Lagipun sebelum Kaklong hadir ke majlis ini memang kebetulan baru lepas buat kek batik, menggunapakai Better Brown Sugar CSR ni. Memang sedap tau..
Kek batik Kaklong 2 tray laku keras!  >.<

Memang ngamlah untuk bertukar kepada Brown Sugar!



* menu pertama : Brownies Parfait *

* menu kedua : Brown Sugar Roasted Sweet Potatoes *

 * menu ketiga : Brown Sugar Balsamic Glazed Chicken *

Brown Sugar Balsamic Glazed Chicken & Brown Sugar Roasted Sweet Potatoes dalam bento <3 *

Pemanis Gula Rendah Glisemik Yang Pertama di Malaysia dan Asia

CSR Better Brown Low G Sugar merupakan produk yang dihasilkan melalui kaji selidik saintifik dan inovasi teknologi menyeluruh CSR selaras matlamat memperkasa gaya hidup sihat dengan menyediakan pilihan terbaik buat rakyat Malaysia. Apa yang bagusnya lagi tentang gula dari CSR Better Brown ini, ia menyokong pengurangan gula, rendah Gilsemik dan bukan gula bertapis.

Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah membolehkan gula dihadam, diserap dan menjalani proses metabolisme secara perlahan. Dengan itu, paras glukosa dalam darah meningkat secara perlahan, sekali gus membantu pengguna mengekalkan tenaga lebih lama dan mengekang rasa kelaparan. 

Glisemik merupakan ranking kabohidrat dalam makanan yang mempengaruhi paras glukosa dalam darah. GI pada gula biasa sekitar lebih 69, manakala Better Brown mengandungi kurang 55, namun masih memberikan nikmat rasa dan kualiti yang sama pada makanan dan minuman.

Ia juga menggunakan teknologi secara konsisten bagi mengekalkan mikronuterian semulajadi dari sumber tebu. Sebab itu ia mengandungi polifenal semulajadi dari sumber tebu tersebut yang merupakan sejenis anti oksidan yang mampu menyokong paras gula normal dalam darah. Rasa semulajadi Better Brown ini ada aroma karamel yang sedap dan sesuai untuk semua penyediaan makanan dan minuman. Ia juga dijamin halal dan menepati piawaian antarabangsa seperti HACCP.

Senang cerita, memang rasa sedap dan tak terlampau manis sangat bila menggunakan Gula Perang CSR ini. ^.^

Korang boleh dapatkan gula Better Brown CRS ini di kedai-kedai runcit dan pasaraya berdekatan dengan harga RM3.80 satu pek bersamaan sekilogram. 

Amalkanlah gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian kita. Bila lagi kita nak ubah cara dan gaya hidup kita di zaman serba moden ini. Sedikit demi sedikit kita perlu mengubah corak dan pola pemakanan kita bagi mengekalkan kesihatan diri kita. Jomlah bertukar dari gula putih kepada Better Brown Sugar ini.

Maklumat lanjut boleh layari media sosial CSR :-
Facebook : CSR Teman Sajian
Instagram : @csr_temansajian

Ceritera,
Sue Sopian
3:31:00 PM

Setelah Ku Dimiliki

by , in
Assalamualaikum.

Tamat sudah kisah drama penuh suka dan duka "Setelah Ku Dimiliki" petang semalam. Kaklong sempat juga marathon 2 episod terakhir malam tadi. Sedih pula episod last tu.. Ternangis pula Kaklong ni tapi si Abanglong boleh pulak mengusik masa tu.. Haishhhhh.. tau tau je orang tengah feeling masa tu.. ๐Ÿ˜‘ sempat lagi mengusik Kaklong ye.. Terus tak jadi nak feeling ๐Ÿ˜‚

Setelah Ku Dimiliki adalah sebuah drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Zaza Qry. Drama ini diarahkan oleh Osman Ali. Drama ini dibintangi oleh Intan Najuwa dan Zul Ariffin sebagai teraju utama.


Sinopsis

Kerana dosa silamnya, Sarrafia (Intan Najuwa) dihalau dari rumah dan dibenci oleh ibunya sendiri, Puan Sabrina (Aleza Shadan) dan telah membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju. Sarrafia bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi (Kuza Muzani) dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Cahaya Azirah.

Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz (Zul Ariffin) di Rumah Cahaya Azirah membuatkan hati Sarrafia berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Encik Rahimin (Rahim Omar) yang juga pengasas Rumah Cahaya Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Cahaya Azirah. Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain.

Adriz cuba mendekati Sarrafia, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarrafia mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarrafia.

Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarrafia bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarrafia, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya.

Namun, rumah tangga mereka mula menemui liku-liku cabaran apabila kakak tiri Sarrafia sendiri iaitu, Sarlina (Tiz Zaqyah) yang baru sahaja mendiami Rumah Cahaya Azirah, ingin memiliki Adriz dan menjadikan Adriz bapa kepada anak luar nikah yang dikandungnya. Sarrafia terpaksa merahsiakan perkahwinannya dengan Adriz daripada pengetahuan Sarlina agar kandungan kakak tirinya tidak terjejas.

Dalam masa yang sama, Sarrafia juga berusaha untuk berbaik dengan ibunya yang teramat membencinya. Dia juga berusaha merahsiakan perihal Sarlina yang sedang mengandung untuk mengelakkan dirinya semakin dibenci ibunya. Walaupun Sarrafia sering dicemuh dan dimalukan oleh Puan Sabrina, bapa tiri Sarrafia iaitu Encik Shamsul (Hilal Azman) sering menasihatkan anak tirinya supaya sering bersabar dengan sifat ibunya itu.

Adakah Sarlina berjaya merobohkan istana cinta Sarrafia yang terbina bersama Adriz? Dapatkah Sarrafia kembali berbaik dengan ibunya? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarradia dan Adriz suatu ketika dahulu?

Pelakon

Intan Najuwa sebagai Sarrafia
Zul Ariffin sebagai Adriz
Tiz Zaqyah sebagai Sarlina
Zaki Azeman sebagai Noh
Aleza Shadan sebagai Puan Sabrina
Hilal Azman sebagai Encik Shamsul
Kuza Muzani sebagai Bonda Ummi
Rahim Omar sebagai Encik Rahimin
Lia Natalia sebagai Hirda
Fahmy Reza sebagai Haqif
Adeline Tsen sebagai Ufaira
Zul Helmy sebagai Halil
Daniella Sya sebagai Ann
Halim Radzi sebagai Zakir

Genre
Drama 
Cinta
Konflik
Keluarga

Pengarah
Osman Ali

Lagu pembukaan
Damaikanlah nyanyian Ika Mustafa

Lagu penutup
Damaikanlah nyanyian Ika Mustafa

Bilangan episod
28 Episod

Penerbitan 
Syarikat penerbitan (Nuansa Sdn Bhd)

Tempoh siaran
42 minit

Penyiaran
Saluran asal TV3 (Slot Akasia)
Siaran asal 29 Oktober 2019 – 5 Disember 2019
9:07:00 PM

Kenduri Kahwin Sepupu

by , in
Assalamualaikum.

Kali ini untuk ketiga kalinya Kaklong menghadiri kenduri kahwin sepupu Kaklong yang sebelah abah Kaklong. Majlis telah berlangsung di Seri Iskandar. Alhamdulillah.. rezeki Kakyong Mida untuk berkahwin buat kali ketiga. Moga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.


Hampir semua sepupu ada pada hari tersebut. Semua adik-adik abah Kaklong turut hadir. Jadinya sangat meriah bila semua berkumpul. Masa inilah hendak bertanya khabar dan cerita terbaru tentang diri masing-masing. Ada yang dah lama tak jumpa dek kerana jarak tempat tinggal dan kekangan masa yang menyebabkan kami semua jarang berjumpa. Waktu hari raya aidilfitri pun belum tentu bersua muka bila masing-masing ada komitmen dengan keluarga, kerja dan lain-lain lagi. Itupun masih ada yang tidak dapat hadir dek kerana kekangan masa dan komitmen kerja. 

* sepupu kaklong sebelah abah kaklong - masih tak cukup sebab ada yang tak datang dan ada yang sedang jaga anak.. *

* abah kaklong (yang tepi) anak yang sulung dan ada 3 adik perempuan (dalam gambar).. kakyong ni anak kepada adik abah yang kedua iaitu makngah Kaklong *

*  Yang tiada dalam gambar - Abanglong jaga Haziqah yang tengah tidur masa ni.. Adik Ipar Kaklong pun tak datang sebab kerja * 


Selamat pengantin baru Kakyong Mida! Moga Allah memberkati perkahwinan Kakyong ini.

Wassalam.

Ceritera,
Sue Sopian